Page 5 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 5
Tajuk: SISTEM BUMI
Konsep/Tajuk Huraian
1. 1.1 Konsep Sistem
a) mentakrifkan konsep sistem :
sistem bermaksud satu set angkubah yang tersusun,
saling bertindakbalas dan saling bergantung untuk
membentuk satu sistem alam sekitar fizikal.
Angkubah merujuk kepada perkara-perkara atau unsur
yang boleh berubah atau mengubah unsur yang lain
dalam sistem itu. Misalnya sistem sungai , angkubahnya
ialah air sungai, lurah sungai, batuan dan hidupan.
b) menerangkan konsep sistem dalam persekitaran fizikal :
berdasarkan kepada fungsinya, sistem terbahagi kepada
3 jenis iaitu :
i)Sistem terpencil – sistem yang tidak membenarkan
tenaga atau jisim keluar atau masuk ke dalam sistem
tersebut.
ii)Sistem tertutp – sistem yang tidak membenarkan
jisim keluar tetapi membenarkan tenaga keluar atau
masuk ke dalam sistem ini. Contohnya sistem bumi di
mana tenaga matahari boleh masuk ke dalamnya dan
bumi boleh membebaskan kembali haba tersebut.
iii)Sistem terbuka – sistem yang membolehkan
pertukaran tenaga dan jisim. Sistem ini mempunyai
sempadan terbuka yang membolehkan tenaga dan bahan
keluar atau masuk ke dalam sistem tersebut. Contohnya
sistem hutan atau sistem tasik.
Jika berdasarkan kepada pola hubungan atau sifat
interaksinya, sistem terbahagi kapada :
i)Sistem morfologi – sistem yang mengandungi elemen
fizikal yang tersusun dan saling bertindak balas .
Misalnya sistem tindak balas dalam sebuah lembangan
saliran.
ii) Sistem lata – sistem yang angkubah-angkubahnya
berinteraksi secara sehala. Interaksinya membentuk
rangkaian urutan input (bahan yang masuk),storan
(bahan tersebut melalui proses fizikal tertentu) dan
output ( hasil daripada proses fizikal tersebut).
iii)Sistem Proses Tindak balas – sistem ini wujud
dengan gabungan interaksi antara elemen fizikal dalam
sistem lata dan sistem morfologi.
1.2 Konsep sistem suria a) menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan
sistem bumi sebagai satu planet yang memperoleh tenaga dari
matahari.
sistem suria bermaksud matahari dan Sembilan planet
yang berputar di atas paksi masing-masing sambil beredar
mengelilingi matahari.