Page 49 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 49
Pengurusan Kurikulum 40
1. BUKU RANCANGAN MENGAJAR (FAIL)
a. Bahan bukti / dokumen yang menunjukkkan kerja-kerja seorang guru.
b. Mengandungi dua perkara utama iaitu Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian.
c. Perancangan mengajar hendaklah disediakan sekurang-kurangnya sehari sebelum masuk mengajar di
kelas berkenaan.
d. Rancangan pelajaran hendaklah mengandungi tajuk, objektif, set induksi, aktiviti, penilaian dan BBM.
e. BRP hendaklah dibawa bersama setiap kali masuk mengajar.
f. BRP hendaklah diserahkan kepada pentadbir yang berkenaan pada tiap-tiap hari Khamis akhir waktu
persekolahan untuk disemak. Sebelum diserahkan pastikan rancangan pada hari Ahad atau hari
berikutnya telah lengkap ditulis.
g. Helaian belakang Buku Rancangan Mengajar mesti mengandungi perkara berikut:
• Sasaran Pencapaian Mata Pelajaran Mengikut Kelas diajar
• Catatan Pertemuan dan Perbincangan Profesional
- catatan apa sahaja perbincangan formal atau tidak formal, bersama PPD / SIC+ / pentadbir / KP / rakan
guru, berkaitan program yang dijalankan di sekolah
• Penglibatan dan Aktiviti Guru
- Senarai tugas guru
- Kursus / Mesyuarat / Bengkel yang dihadiri di sekolah atau PPD / JPN dan lain-lain
• Rekod Pemantauan
- Bila dipantau dan dipantau oleh siapa
• Sumber Rujukan
- Buku, website, orang perseorangan seperti KP, GC, dan SIC+
2. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Mengamalkan konsep MMI (Melindungi Masa Instruksional).
b. Masuk dan keluar kelas tepat pada waktunya.
c. Guru hendaklah mempastikan kelas bersih dan kondusif untuk PdPc.
d. Pastikan berlaku proses guru mengajar dan murid belajar.
e. Pastikan dimana ada pelajar, di situ ada guru.
f. Jika tidak dapat hadir bertugas, guru hendaklah menyediakan bahan pengajaran / edaran untuk diberikan kepada
guru ganti (melalui Ketua Bidang atau Ketua Panitia).
3. KERJA-KERJA BERTULIS
a. Kerja-kerja bertulis pelajar hendaklah diperiksa secara berkala.
b. Pemeriksaan hendaklah dibuat dengan teliti.
c. Kerja-kerja bertulis hendaklah diserah kepada pentadbir sekurang-kurangnya 10 buah buku sebagaimana jadual
bagi tujuan semakan.
d. Kerja-kerja bertulis hendaklah disemak secara teliti oleh guru sekurang-kurangnya setiap minggu.
e. Menulis karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
f. Menulis karangan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
4. PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Pra-pencerapan :perbincangan awal sebelum pencerapan di antara pencerap dengan guru dan
pelajar yang akan dicerap.
b. Semasa pencerapan :pencerap mengguna Instrumen Pencerap SKPMg2.
c. Pasca pencerap :perbincangan di antara pencerap dengan guru yang dicerap selepas sesi mengajar
atau selepas markah pencerapan diketahui
5. PANITIA /UNIT MATA PELAJARAN
a. Menyediakan fail-fail panitia sebagaimana yang telah ditetapkan.
b. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk tahun semasa.
c. Mengadakan perjumpaan bulanan bagi membincangkan keberkesanan aktiviti/projek/prog. peningkatan akedemik.
d. Menetapkan jumlah minima latihan bertulis untuk dibuat oleh pelajar dan diperiksa oleh guru.
e. Menetapkan jadual semakan kerja bertulis pelajar untuk disemak oleh ketua panitia dan pentadbir sekolah.
f. Mengadakan in-house training bagi tujuan meningkatkan profesionalisma guru.
g. Mengadakan mesyuarat secara berkala untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
h. Merancang aktiviti / projek / program tahunan.
i. Melaksanakan aktiviti /projek /program sebagaimana yang telah dirancang.
j. Pastikan mesyuarat pasca nilai bagi setiap aktiviti /projek / program yang telah dilaksanakan dibuat bagi tujuan
penambahbaikan.
Pengurusan SMK Meranti 2020