Page 145 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 145

Bab 5  Rangkaian dalam Teori Graf

                     Rangkaian Sosial

                     Rangkaian  sosial  merupakan  salah  satu  rangkaian  yang  semakin       Celik Minda
                     popular  terutamanya  dalam  kalangan  remaja  dan  orang  dewasa
                     yang bekerja. Rangkaian sosial digunakan untuk peluang pekerjaan,   Nyatakan contoh
                                                                                       rangkaian sosial yang
                     peluang  perniagaan,  bersosial,  kekeluargaan,  pendidikan,  media   anda tahu.
                     sosial, hubungan dengan masyarakat di seluruh dunia dan sebagainya.
                         Walaupun rangkaian sosial menjadi suatu platform utama untuk
                     pelbagai aktiviti dan membawa kebaikan, anda sebagai seorang murid   ZON INTERAKTIF
                     harus  berhati-hati  dan  bersederhana  dalam  penggunaan  rangkaian   Bincangkan kesan
                     sosial agar tidak leka, terperdaya atau tertipu.                  negatif penggunaan
                                                                                       rangkaian sosial.




                      Contoh     15

                     Jadual di bawah menunjukkan data enam orang murid dan dua jenis permainan yang diminati.
                     Tukar maklumat yang diberi dalam bentuk rangkaian.


                             Nama murid               Permainan
              5                                                                                Celik Minda
                               Edmund              Badminton, Catur
              BAB                                                                     Apakah maksud LTE dan
                                Azwan           Bola sepak, Sepak takraw              4G yang sering digunakan
                                                                                      dalam rangkaian Internet
                                Rajan              Catur, Bola sepak                  tanpa wayar?

                                 Aina              Catur, Bola jaring
                                                                                     ZON INTERAKTIF
                                Maria            Badminton, Bola jaring
                                                                                      Penyelesaian suatu kes
                                Jenny           Bola jaring, Bola tampar              jenayah juga berkaitan
                                                                                      dengan graf. Semua bukti
                                                                                      yang diperoleh dikaitkan
                                                                                      antara satu dengan yang
                     Penyelesaian:                                                    lain. Bincangkan maklumat
                                                                                      yang boleh diwakilkan oleh
                     Katakan bucu ialah jenis permainan dan tepi mewakili nama murid.  bucu dan tepi.




                           Catur    Rajan  Bola sepak  Azwan      Sepak takraw        TIP
                                                                                      Pilih maklumat yang tidak
                                      Aina
                                                                                      bersilang sebagai tepi.
                               Edmund  Maria  Bola jaring

                                                                                     ZON INTERAKTIF
                                                Jenny
                       Badminton                     Bola tampar                      Adakah rantaian
                                                                                      makanan merupakan
              Saiz sebenar                                                            suatu rangkaian?
                                                                                      Bincangkan.

                   144
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150