Page 273 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 273
Bab 10 Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan
10.1 Perancangan dan Pengurusan Kewangan
Apakah yang dimaksudkan dengan proses pengurusan
kewangan? Standard
Pembelajaran
Pengurusan kewangan merupakan suatu proses yang melibatkan Menghuraikan proses
pengurusan wang daripada sumber pendapatan terhadap simpanan, pengurusan kewangan
perbelanjaan, perlindungan dan pelaburan. Terdapat lima langkah yang berkesan.
dalam proses pengurusan kewangan.
Menetapkan matlamat kewangan
Menilai kedudukan kewangan
Proses
pengurusan Mewujudkan pelan kewangan
kewangan
Melaksanakan pelan kewangan
Mengkaji semula dan menyemak kemajuan
Menetapkan matlamat kewangan TIP
Menetapkan matlamat kewangan merupakan langkah Berdisiplin dan konsisten
pertama dalam proses pengurusan kewangan. Matlamat untuk mengikuti
perancangan kewangan
kewangan yang ditentukan mestilah mengikut keutamaan yang ditetapkan akan
dan spesifik. Contohnya, seseorang individu yang hendak membantu seseorang
menyimpan RM15000 dalam bank bagi tempoh masa tiga individu untuk
tahun sebelum berkahwin. mencapai tujuan
matlamat kewangan.
(a) Matlamat kewangan jangka pendek
Matlamat kewangan jangka pendek merupakan suatu ZON INFORMASI
matlamat kewangan yang hendak dicapai kurang daripada Jumlah Perbelanjaan Harian
setahun. Matlamat kewangan jangka pendek tidak Sarapan RM5
melibatkan jumlah amaun yang besar. Contohnya pembelian Makan tengah hari
komputer riba, kerusi sofa, telefon bimbit dan sebagainya.
Fotostat
(b) Matlamat kewangan jangka panjang Tambang bas
Matlamat kewangan jangka panjang merupakan suatu Lain-lain
matlamat kewangan yang mengambil masa lebih daripada Pengamalan catatan
10 lima tahun. Matlamat kewangan jangka panjang melibatkan perbelanjaan harian seperti
di atas akan memastikan kita
BAB jumlah amaun yang banyak. Contohnya seseorang individu berbelanja secara terkawal
perlu mempunyai simpanan untuk digunakan pada masa
Saiz sebenar persaraan, pendidikan anak dan sebagainya. berdasarkan jumlah wang yang
diterima daripada ibu bapa.
272