Page 77 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 77

Bab 3  Penaakulan Logik



                       Contoh     17
                     Adakah hujah di bawah sah dan munasabah? Sekiranya tidak, berikan justifikasi anda.
                     (a)  Premis 1: Semua gandaan 16 ialah nombor genap.
                         Premis 2: 64 ialah gandaan 16.                      Adakah semua
                         Kesimpulan: 64 ialah nombor genap.                hujah yang sah pasti
                                                                              munasabah?
                     (b)  Premis 1: Semua bola keranjang berbentuk sfera.
                         Premis 2: Bumi berbentuk sfera.
                         Kesimpulan: Bumi ialah bola keranjang.
              3
              BAB    (c)  Premis 1: Jika w < 9, maka w < 19.


                         Premis 2: 4 < 9.
                         Kesimpulan: 4 < 19.

                                                   n
                     (d)  Premis 1: Jika a ≠ 0, maka ax  + bx + c ialah ungkapan kuadratik.
                         Premis 2: a ≠ 0.
                                      n
                         Kesimpulan: ax  + bx + c ialah ungkapan kuadratik.
                     (e)  Premis 1: Jika k boleh dibahagi tepat dengan 8, maka k boleh dibahagi tepat dengan 4.
                         Premis 2: 12 tidak boleh dibahagi tepat dengan 8.
                         Kesimpulan: 12 tidak boleh dibahagi tepat dengan 4.

                     (f)  Premis 1: Jika k ialah nombor genap, maka k + 1 ialah nombor ganjil.
                         Premis 2: 8 + 1 ialah nombor ganjil.
                         Kesimpulan: 8 ialah nombor genap.

                     Penyelesaian:

                     (a)  Sah dan munasabah.

                     (b)  Tidak sah kerana tidak mematuhi bentuk hujah deduktif yang sah. Tidak munasabah kerana
                         kesimpulan adalah palsu.


                     (c)  Sah dan munasabah.

                     (d)  Sah tetapi tidak munasabah kerana premis 1 dan kesimpulan tidak benar.

                     (e)  Tidak sah kerana tidak mematuhi bentuk hujah deduktif yang sah. Tidak munasabah kerana
                         kesimpulannya palsu.

                     (f)  Tidak sah tetapi munasabah kerana tidak mematuhi bentuk hujah deduktif yang sah.



              Saiz sebenar


                    76
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82