Page 129 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
        P. 129
     BAB 4   Matematik Pengguna: Percukaian
                  Pada akhir bab ini, saya dapat
                   menghuraikan tujuan percukaian.
                   menghuraikan pelbagai cukai dan seterusnya kesan pengelakan cukai tersebut
                   dari aspek perundangan dan kewangan.
                   mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang melibatkan pelbagai cukai.
                   menyelesaikan masalah yang melibatkan percukaian.
                    PROJEK  MINI
                    PROJEK  MINI
                     PROJEK MINI
                                                                                                              4
                     Pembayar cukai perlu mentaksir, melapor dan membayar cukai pendapatan setiap
                     tahun. Dengan menggunakan perkara-perkara pengecualian dan pelepasan cukai yang          BAB
                     terkini, anda dikehendaki membuat satu folio berkaitan taksiran cukai pendapatan bagi
                     seorang daripada ahli keluarga anda. Folio anda perlu mengandungi
                     (a)  muka hadapan
                     (b)  kandungan:  (i)   Pengenalan cukai pendapatan
                                      (ii)  Perkara-perkara pengecualian dan pelepasan cukai yang terkini
                                      (iii)  Taksiran cukai pendapatan ahli keluarga
                     (c)  kesimpulan
                                                                   Imbas kod QR atau layari
                                                                   bit.do/Kuiz04 untuk kuiz interaktif
                  FAHAM
                  1.  Huraikan tujuan cukai sebagai alat pelaksanaan polisi kerajaan dengan contoh yang
                     bersesuaian.
                  2.  Nyatakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengutip
                     (a)  cukai pendapatan
                     (b)  cukai pintu
                     (c)   cukai jalan
                     (d)  cukai jualan dan perkhidmatan
                  3.            ialah cukai yang dikenakan atas pendapatan yang diperoleh oleh seseorang
                     individu atau sesebuah syarikat di Malaysia.
                                                                                                  119
                                                                                                  KPM





