Page 4 - FRONTLINERS RETAIL KUALA TERENGGANU - JANUARI 2019
P. 4

KATA-KATA ALUAN


       Bismillahi Rahmani Rahim.
       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

               Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan

       inayahNya, saya diberi kesempatan untuk menitipkan seterusnya melancarkan
       kata alu-aluan untuk majalah FRONTLINERS Retail Kuala Terengganu

       edisi Pertama tahun 2019.

               Sesungguhnya usaha menerbitkan majalah ini merupakan satu inisiatif
       penting bagi tujuan perkongsian sebarang maklumat, aktiviti dan program

       yang dijalankan oleh anggota kerja Kedai Tenaga Kuala Terengganu,
       terutama barisan hadapan yang sentiasa menjadi penghubung di antara TNB
       dan pengguna.Penerbitan majalah ini akan diedarkan secara digital untuk

       tatapan semua anggota kerja TNB dan dibekalkan salinan untuk simpanan di
       Kedai Tenaga Kuala Terengganu.

               Usaha yang diterapkan oleh anggota kerja Kedai Tenaga Kuala

       Terengganu ini sendiri, dalam proses penerbitan majalah ini, menjadi
       penanda aras ke arah masa depan Bahagian Retail di samping menyokong

       setiap implikasi yang disuarakan oleh pihak pengurusan TNB dan Bahagian
       Retail.

               Akhir kata, saya yakin dan percaya warga Kedai Tenaga Kuala

       Terengganu          akan      terus    memberikan          perkhidmatan        terbaik     dan
       berpandangan jauh dalam usaha memartabatkan Tenaga Nasional Berhad
       sebagai sebuah utiliti terbaik bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di mata

       dunia.

       Sekian, terima kasih.

                                          “BETTER. BRIGHTER.”
                                       “CUSTOMER CENTRICITY”

          ‘AINNUL MARWANI BINTI MUKTAR
          EKSEKUTIF KEDAI TENAGA KUALA TERENGGANU
          BAHAGIAN RETAIL, TENAGA NASIONAL BERHAD
   1   2   3   4   5   6   7   8   9