Page 3 - MISSIONofHONOR
P. 3
02 Assalamualaikum...
Kegiatan kokurikulum
dianjurkan bagi
memantapkan lagi
penguasaan teori dan amali
pelajar di dalam cabang
kokurikulum ke arah
pemantapan kendiri serta
kepimpinan pelajar. Ianya
selaras dengan matlamat
Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melahirkan
pelajar yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek (JERI).SK Taman
Tasik Jaya merasa P E R U T U S A N
bertanggungjawab
memegang amanah bagi R I Z A L H A Z R I B I N B A K H T I A R
melahirkan pelajar yang
mampu menyumbang sesuatu G P K K O K U R I K U L U M
kepada agama, bangsa dan
negara. Dan pihak sekolah
berharap aktiviti ini dapat
menggalakkan pelajar dalam
penglibatan mereka dalam
bidang beruniform. Seorang
pelajar dididik dengan
berbagai-bagai ilmu
pengetahuan untuk menjadi
seorang insan yang
seimbang dan harmonis.
Pendidikan hendaklah dilihat
sebagai satu proses
sepanjang hayat. Seluruh
agen pendidikan formal, tak
formal dan bukan formal
berkewajipan dan
berperanan secara
bekerjasama, lengkap
melengkapi dan memenuhi
tanggungjawab masing-
masing dalam pendidikan.