Page 9 - 02.templates e buletin_Neat
P. 9
Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah
berjalan dengan jayanya di Aras 1 dan Aras 2
Menara Pustaka dengan penyertaan seramai 111
orang pelajar. Program ini merupakan simbolik
kepada pembacaan serentak di seluruh negara
yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah
Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).
Program ini bertujuan menyemai minat
membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan
sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat
Malaysia dalam sesuatu perkara. Program “Jom
Baca Bersama Untuk 10 Minit” ini diadakan serentak
di seluruh Negara pada hari ini iaitu 23 April 2018
iaitu jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.