Page 25 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 25

PENGENALAN
Renungkan
Kitab Al-Qur’an adalah mukjizat teragung yang diberikan kepada Rasulullah SAW. Syariat Islam menjadikan Al-Qur’an sebagai sumber rujukan pertama dan utama. Adakah dengan demikian syariat Islam juga dianggap mukjizat sebagaimana Al-Qur’an?
Sunnah Rasulullah SAW
?
2
Sunnah Rasulullah SAW ialah apa yang disampaikan daripada Rasulullah SAW berupa perkataan, perbuatan dan persetujuannya. Kedudukan Hadis atau Sunnah dalam sumber perundangan Islam adalah di tempat kedua selepas Al-Qur’an. Para ulama telah bersepakat menerima Sunnah sebagai sumber pengeluaran hukum. Kenyataan ini berdasarkan kepada dalil yang terdapat di dalam Al- Qur’an, hadis, ijmak ulama dan juga menurut logik akal.
1
Di dalam Al-Qur’an terdapat banyak ayat-ayat yang memerintahkan kepada seluruh umat manusia untuk mentaati Nabi SAW, mengikuti apa yang didatangkan Nabi SAW kepada kita karena ketaatan pada Baginda SAW sama dengan ketaatan pada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT:
 لخ  لم  لى  لي  مجمحمخ  
“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah...” (QS. al-Nisā’/4: 80)
9























































































   23   24   25   26   27