Page 27 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 27
PENGENALAN
3
Di dalam Ijmak, ulama bersepakat untuk mengikuti Sunnah Rasulullah SAW karena pada masa hidup Baginda, mereka mentaati suruhan Baginda dan meninggalkan segala larangannya. Baginda merupakan tempat rujukan umat Islam pada masa hayatnya. Lantaran itu, Sunnah dalam sumber perundangan Islam disepakati penggunaannya.
Sepertimana dalam kisah Muʻāz bin Jabal pergi ke Yaman sebagai qādhī dan menggunakan Sunnah sebagai sumber dalil yang kedua sekiranya beliau tidak terdapat hukum di dalam Al-Qur’an.
4
Allah SWT mengutus seorang rasul sebagai pesuruhNya dalam menyampaikan risalah Islam. Al-Qur’an diturunkan ke atas Baginda untuk disampaikan kepada umat Islam dan diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk penjelasan. Secara logik akalnya kita dapat melihat dari kenyataan tadi dan menilai bahwa Sunnah adalah sebagai sumber yang sangat rapat disandarkan selepas Al-Qur’an. Maka tiada keraguan lagi dalam mengambil Sunnah sebagai sumber rujukan kedua.
Wajib di atas umat Islam mengamalkan suruhan Sunnah Rasulullah SAW. Sunnah diperlukan untuk memahami dan melaksanakan kandungan Al-Qur’an, yang memiliki peranan sebagaimana berikut:
11