Page 42 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 42
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
A Masyarakat Jahiliah
KEADAAN masyarakat Arab di zaman Jahiliah hidup dalam suasana berpuak-puak. Syaikh kabilah atau ketua puak bertindak sebagai hakim dan pemerintah. Syaikh kabilah berkuasa penuh dalam mengeluarkan sesuatu arahan. Jika timbul pertikaian dalam puak berkenaan sama ada yang melibatkan harta atau pun nyawa, ketua puak akan mengkaji perkara berkenaan dan menyelesaikannya menurut perhitungannya sendiri.
Tiada garis panduan, sama ada yang berlandaskan agama atau undang-undang, yang digunakan sebagai rujukan penghakiman oleh ketua puak dalam mengadili sesuatu perbicaraan. Mereka menyelesaikan sesuatu perkara berdasarkan pengalaman hidup yang mereka pernah lalui dan pengajaran yang mereka warisi dari orang yang terdahulu daripada mereka.
Manusia sejak lahir mempunyai kebolehan yang berbeda- beda antara satu sama lain. Perkara serupa berlaku pada ketua puak masyarakat Arab Jahiliah. Ketua terdahulu memiliki kebolehan yang berbeda berbanding ketua yang datang kemudian. Oleh itu tidak pelik pada satu masalah terdapat beberapa keputusan yang bertentangan antara satu sama lain, bagi menyelesaikannya.
Keputusan yang berbeda ini melahirkan suasana tidak tenteram sesama puak. Apabila ketegangan memuncak, ekoran rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dikeluarkan itu, membawa kepada peperangan antara puak, walaupun berpunca daripada perkara yang remeh-temeh.
Inilah suasana kehidupan masyarakat Arab di zaman Jahiliah yang hidup berpuak-puak dengan ketua puak mempunyai kuasa mutlak mengeluarkan hukum mengikut pendapat masing-masing.
26