Page 75 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 75

    PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW menerangkan cara dan rukunnya dan perbuatan Baginda
SAW menunaikan haji dan lainnya.16 (iii) Sunnah Taqrīriyyah
Ialah perkataan atau perbuatan yang lahir daripada sesetengah sahabatnya yang dibenarkan atau dipersetujukan oleh Baginda Rasulullah SAW melalui diamnya dan tidak mengingkarinya atau bersetuju dengannya serta menganggapnya sesuatu yang elok.17
Contohnya ialah seperti apa yang berlaku kepada dua orang sahabat yang keluar bermusafir. Bila tiba waktu salat, keduanya hendak menunaikan salat tetapi tidak ada air untuk berwuduk, lalu keduanya bertayamum dan melakukan salat. Selepas itu, mereka menemui air dan waktu salat masih ada lagi. Seorang sahabat mengulang balik salatnya sementara yang seorang lagi tidak.
Mereka berdua memberitahu Rasulullah SAW apa yang berlaku. Rasulullah SAW merestui kedua-duanya. Kata Rasulullah SAW kepada yang tidak mengulang salatnya, “Kamu telah mengikut sunnah dan salat kamu telah dikira.” Kepada sahabat yang mengulangi salatnya Rasulullah SAW berkata, “Kamu mendapat dua pahala.”
Kehujahan Sunnah
Semua ulama fiqh bersetuju mengatakan bahwa Sunnah adalah menjadi hujah bagi sesuatu hukum syarak di samping Al-Qur’an.
16 Ibid. 17 Ibid.
    59


























































































   73   74   75   76   77