Page 80 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 80
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (QS. al-Ḥasyr/59: 7)
Ayat-ayat ini jelas menunjukkan secara pasti bahwa Allah SWT mewajibkan kita mengikuti apa yang diarahkan oleh Rasulullah SAW.
2
Para sahabat RA telah Ijmak (sependapat) menghukumkan wajib mentaati Rasulullah SAW sama ada semasa Baginda masih hidup atau pun selepas Baginda meninggal dunia (wafat). Semasa Rasulullah SAW masih hidup semua para sahabat RA menjalankan hukuman yang diputuskan oleh Rasulullah SAW. Mereka mematuhi suruhannya dan meninggalkan larangannya. Apa yang Rasulullah SAW halalkan, mereka halalkan. Apa yang Rasulullah SAW haramkan, mereka haramkan.
Para sahabat RA tidak membedakan kepatuhan mereka terhadap hukum yang diwahyukan melalui Al-Qur’an dengan hukum yang datang daripada Rasulullah SAW. Ini yang dimaksudkan oleh Muʻāz bin Jabal dengan katanya, “Jika saya tidak terjumpa dalam Al-Qur’an hukuman untuk saya menghukum, saya akan menghukum melalui Sunnah Rasulullah SAW.” (HR. Aḥmad)
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat RA menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan merujuk kepada Al-Qur’an. Jika mereka tidak menemui jawapannya dalam Al-Qur’an, mereka merujuk kepada Sunnah Rasulullah SAW.
Ijmak
64