Page 81 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 81
PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
Khalifah Abū Bakr RA sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang beliau tidak ada maklumat berkaitan dengan hadis Rasulullah SAW mengenainya, beliau keluar bertanya kaum muslimin, jika ada dari kalangan mereka yang menghafal hadis Rasulullah SAW yang menyentuh perkara tersebut.
Cara yang sama dilakukan oleh Khalifah ʻUmar RA, para sahabat lain RA dan para tābiʻīn semasa melakukan kerja-kerja mengeluarkan fatwa. Selain daripada itu, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang menentang penggunaan Sunnah dalam penghakiman asalkan ianya diriwayatkan secara sah daripada Rasulullah SAW.
Gilap Minda
Ketaatan kepada Rasulullah SAW merupakan tanda ketaatan kepada Allah SWT. Para sahabat RA menjunjung tinggi sunnah Rasulullah SAW dan sungguh-sungguh berusaha menerapkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap tindakannya. Bagaimana mereka membangun sikap kepatuhan yang tinggi ini?
65