Page 84 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 84

        Renungkan
Berpandukan Surah al-Nūr ayat 41, kita memahami bahwa setiap makhluk memiliki caranya sendiri dalam beribadah kepada Allah SWT. Jika manusia tidak dibimbing melalui penjelasan daripada sunnah Rasulullah SAW, lalu bagaimana mereka mau melakukan bentuk- bentuk sujud dan rukuk yang disebutkan dalam Al-Qur’an?
Rasulullah SAW adalah menjadi hujah yang wajib dipatuhi, sama ada sunnah-sunnah tersebut menerangkan hukum yang ada dalam Al-Qur’an atau melahirkan hukum baru yang tidak disentuh oleh Al- Qur’an. Ini karena semua Sunnah tersebut datang daripada seorang Rasul yang maʻshūm yang Allah SWT kurniakan kepadanya kuasa menerangkan dan memperundangkan.
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
?
  Kedudukan Sunnah di sisi Al-Qur’an
Dari sudut berhujah, Sunnah menduduki tempat kedua selepas Al- Qur’an. Para mujtahid merujuk kepada Sunnah untuk mengeluarkan (istinbāth) sesuatu hukum syarak, selepas dia tidak menemui jawapannya di dalam Al-Qur’an. Al-Qur’an adalah asal dan sumber utama perundangan Islam. Apabila Al-Qur’an menerangkan sesuatu hukum, ia hendaklah diikuti, dan apabila ia tidak menerangkan hukum bagi sesuatu perkara, barulah dirujuk kepada Sunnah untuk mengetahui hukumnya. Hukum yang dikeluarkan melalui Sunnah itu wajib dipatuhi.
Berdasarkan kepada kedudukan Sunnah berbanding Al-Qur’an dari segi berhujah tentang sesuatu hukum, Sunnah dibahagikan kepada tiga, seperti berikut:
 68


























































































   82   83   84   85   86