Page 86 - Sejarah Tamadun Islam 2
P. 86

 72
sejarah tamadun islam 2
A. Narasi Umum Perkembangan Sains dalam Peradaban Islam
George Saliba dalam bukunya “Islamic Science and the Making of the European Renaissance” mengkritik pendekatan narasi klasik di dalam menganalisa kebangkitan dan kejatuhan tradisi sains dalam peradaban Islam. Narasi klasik dalam menjelaskan tradisi sains dalam peradaban Islam berpihak kepada pandangan para orientalis dan bersifat euro-centric. Saliba mengatakan terdapat pelbagai kontradiksi yang lahir dari narasi tersebut di dalam menjelaskan tradisi sains dalam Islam pada periode perkembangannya dan periode-periode setelahnya, termasuk argumen yang menyokong pandangan bahwa sains dalam peradaban Islam telah dimatikan oleh karya-karya Imam al-Ghazālī raḥimahullāh. Kenyataan ini kelihatan berat sebelah, karena perkembangan sains setelah zaman Imam al-Ghazālī raḥimahullāh justru mencatatkan perkembangan.70
George Saliba telah mengemukakan beberapa contoh setelah era Imam Al-Ghazālī raḥimahullāh yang membuktikan sains berkembang dalam berbagai bidang, seperti dalam bidang teknik oleh Jazarī (1205M); dalam bidang logika, matematika, dan astronomi oleh Athīr al-Dīn al- Abharī (1240M), Mu’ayyad al-Dīn al-‘Urdī (1266M), Nashīr al-Dīn al-Thūsī (1274M), Quthb al-Dīn al-Shīrāzī (1311M), Ibn al-Shāthir (1375M), al-Qushjī (1474M), dan Shams al-Dīn al-Khafrī (1550M). Dalam bidang optik oleh Kamāl al-Dīn al-Fārisī (1320M). Dalam bidang farmakologi oleh Ibn al-Baithar (1248M). Dalam bidang perobatan oleh Ibn al-Nafīs (1288M).71
Setelah mengkritik narasi klasik yang didukung oleh orientalis dan sebahagian pemikir-pemikir Islam, George Saliba mengetengahkan pendekatan lain seperti yang beliau kutip dari sejarawan Muslim Ibn Nadīm, yang merupakan seorang sejarawan dalam bidang sains dan
70 George Saliba, Islamic Science and the Making of the European Renaissance, Massachussetts: MIT Press, 2011, hlm. 21.
71 Ibid, hlm. 21.



























































































   84   85   86   87   88