Page 2 - Laporan Aktiviti PPD Miri
P. 2
1.2 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017
Telah diadakan pada 15 Mei 2018 bertempat di Hotel Imperial Palace, Miri. Majlis ini telah
disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Bandar Miri, Encik Adam Yii Siew Sang. Jumlah
peserta yang menerima anugerah adalah seramai 268 orang. Majlis ini juga diserikan dengan
persembahan Angklung dan Gamelan SMK Agama Miri.
1.3 Jualan Amal Program PIBK Peringkat Negeri Sarawak
Telah diadakan di SMK Agama Miri pada 6 Oktober 2018. PPD Miri telah turut serta dalam
jualan amal ini dalam usaha untuk menambah dana EKSA PPD Miri. Sambutan amat baik
dengan adanya kehadiran Pengetua, Guru Besar, Ibu bapa dan pelajar. Aktiviti ini juga dapat
mengukuhkan semangat berpasukan antara warga PPD Miri.
Jual Amal PPD Miri
1.4 Majlis Makan Malam Akhir Tahun PPD Miri
Telah diadakan di Hotel Imperial Palace Miri
pada 7 Disember 2018 bertemakan Malam
Retro. Semua pegawai dan staff di PPD yang
hadir telah menyahut cabaran tema yang
ditetapkan. Antara aktiviti yang telah diadakan
termasuklah cabutan bertuah, persembahan
karaoke, permainan, penyampaian sijil
penghargaan, penyampaian cenderamata bagi
pegawai yang bersara dan mendapat anak
pertama. Pada malam itu, Cikgu Aziz bin Tahir
dan Cik Tamisah Hj Kurus telah dianugerahkan
sebagai King & Queen of the night. Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2018