Page 37 - LAPORAN TAHUNAN UMCCED 2019_FINAL
P. 37
2. INSURANS PELAJAR
Semua pelajar adalah dilindungi di bawah Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
Di bawah skim ini, pelajar-pelajar dilindungi 24 jam sehari di seluruh dunia. Sekiranya
berlaku kematian atau cacat kekal disebabkan kemalangan, pelajar/waris pelajar layak
untuk membuat tuntutan (tertakluk pada terma dan syarat). Manfaat perlindungan
adalah seperti di bawah:
BIL. PERLINDUNGAN AMAUN PERLINDUNGAN (RM)
1. Kematian (akibat kemalangan) 30,000
2. Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan) 30,000
3. Perbelanjaan Perubatan (akibat kemalangan) 1,000
4. Perbelanjaan Pengebumian (akibat kemalangan) 1,000
* Tuntutan insurans adalah mengikut prosedur tuntutan bagi kemalangan yang disediakan oleh pihak
insurans.
3. KAUNSELING DAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
Bagi membantu pelajar dalam pertumbuhan serta perkembangan melalui pendekatan
kaunseling dan runding cara, sebanyak 8 sesi kaunseling individu telah dikendalikan
sepanjang tahun 2019.
Tabung Kebajikan Pelajar UMCCed juga telah diwujudkan yang bertujuan untuk
membantu pelajar yang ditimpa musibah dan terksesan akibat daripada kemalangan,
bencana alam, kecurian/kehilangan dan membantu pelajar meringankan bebanan
kewangan disebabkan daripada kematian ibubapa/penjaga/ahli keluarga (suami
atau isteri). Statistik bilangan penerima bantuan melalui skim Tabung Kebajikan Pelajar
adalah seperti berikut:
JENIS TUNTUTAN/BANTUAN JUMLAH
Kematian Pelajar (sumbangan diserahkan kepada waris) 2
Kematian Ibu, Bapa atau Penjaga, Suami/isteri, Anak 12
Kemalangan 4
Bantuan Kewangan (Sara Hidup) 2
Jumlah 20
LAPORAN TAHUNAN 2019