Page 10 - 10-kepentingan-web
P. 10
EBOOK PERCUMA | 10 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA USAHAWAN
10 KEPENTINGAN WEBSITE
KEPADA USAHAWAN
Jom kita lihat satu per satu 10 kepentingan website
MENINGKATKAN IMEJ DAN
KREDIBILITI BISNES
Dengan adanya website, perniagaan atau servis anda sebenarnya
sudah berada lebih jauh maju berbanding pesaing anda kerana
melalui website, pelanggan dan bakal pelanggan anda boleh
mengenali anda dan bisnes dengan lebih baik tanpa perlu anda
memperkenalkan diri secara terus.
Melalui website, anda boleh menyatakan Visi & Misi bisnes anda.
Anda boleh meletakkan pelbagai info tentang bisnes sama ada
penghargaan yang pernah diterima, testimoni pelanggan, katalog
produk dan servis, kaedah komunikasi, urusan pembayaran,
lokasi bisnes dan sebagainya yang memudahkan pelanggan dan
bakal pelanggan mengenali anda dengan lebih baik. Ini akan
meningkatkan imej dan kepercayaan mereka terhadap anda.
iamzahidi.com | Penyelesaian Masalah Website & Video Animasi 9