Page 21 - 10-kepentingan-web
P. 21
EBOOK PERCUMA | 10 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA USAHAWAN
KAWALAN MUTLAK TERHADAP
KANDUNGAN DAN SUSUNATUR
Website merupakan domain & hosting yang didaftarkan atas nama
anda atau perniagaan anda. Anda memiliki kuasa sepenuhnya
untuk mengawal terhadap segalanya, sama ada isi kandungan,
template, theme, plugin dan citra website anda. Tidak seperti
media sosial lain, anda hanya memiliki akaun sahaja, tetapi anda
tidak dapat mengawal appearance seperti menu, warna tema dan
susunatur media sosial itu secara mutlak. Umpamanya FB yang
warna temanya biru gelap, anda tidak boleh menukar warna
temanya kepada kuning atau warna lain yang anda gemari.
Dengan memiliki website, anda lebih bebas untuk mengawal dan
menyusun rekabentuk, warna tema, format, font, gambar, video
dan sebagainya yang menepati citarasa anda sebagai pemilik.
Semua boleh diedit bila-bila masa, di mana sahaja tanpa perlu
mendapat kebenaran pihak lain. Sangat flexsibel.
iamzahidi.com | Penyelesaian Masalah Website & Video Animasi 20