Page 5 - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-16
P. 5

22 SEPTEMBER 2019                MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-19
               J-1-0384

                                                   SETITIS TINTA
               PENGERUSI KOPERASI SMK SIMPANG RENGGAM KLUANG  BERHAD

               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

                           Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita
               bersama-sama berhimpun sekali lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi untuk kali
               ke  18.  Terima  kasih  diucapkan  kepada  semua  anggota  koperasi  yang  dapat  hadir  ke
               mesyuarat ini.

               Alhamdulillah,  kita  berjaya  mencapai  peningkatan  keuntungan  yang  banyak  berbanding
               tahun  kewangan  sebelumnya.  Jumlah  keuntungan  bersih  koperasi  bagi  sesi  2017/2018
               yang diperolehi adalah sebanyak RM  110,  114.03 berbanding RM  108,  708.15      bagi sesi
               2018/2019.  Peningkatan  sebanyak  (1.29%)  berbanding  dengan  tahun  kewangan
               sebelumnya.

                       Keuntungan yang koperasi perolehi adalah hasil kerjasama pelajar-pelajar dan guru-
               guru  dengan  berbelanja    di  koperasi.  Keuntungan  ini  dinikmati  menerusi  projek  terbaru
               koperasi iaitu hasil penjualan barangan sekolah seperti modul, produk sejuk beku jenama
               sekolah, dan jualan runcit.

                       Sememangnya  menjadi  anggota  koperasi  sekolah  benar-benar  mendapat  faedah
               yang maksimum. Hal ini kerana, matlamat utama penubuhan koperasi sekolah adalah untuk
               mewujudkan barisan pemimpin pelapis koperasi masa depan. Pelbagai program dan projek
               berkaitan pendidikan perniagaan dan keusahawanan serta ekonomi yang dilaksanakan oleh
               koperasi sekolah terbukti mampu menjana kreativiti dan inovasi pelajar secara aktif.

                       Selain  itu,  menjadi  anggota  koperasi  sekolah  boleh  juga  diibaratkan  ‘sambil
               menyelam minum air’. Hal ini kerana, pelajar dapat mencari pengalaman dan mempelajari
               teori tentang perniagaan. Pelajar-pelajar dapat belajar ilmu-ilmu perniagaan seperti menjual,
               memasar, mengurus, menyemak stok dan sebagainya.  Koperasi juga dapat mewujudkan
               sifat  sadik  dalam  diri  pelajar.  Sadik  bermaksud  benar,  betul,  jujur  dalam  tutur  kata  dan
               tingkah laku. Dalam koperasi, sadik diutamakan dalam tutur kata yang bermaksud bercakap
               benar  atau  tidak  berbohong.  Di  samping  itu,  amanah  iaitu  melaksanakan  tanggungjawab
               yang  diserahkan  dengan  betul  dan  sentiasa  berhemah  ketika  menjalankan  tugas  adalah
               saah satu sifat yang dapat dibentuk melalui penglibatan pelajar dalam koperasi.

                       Akhir kata, saya menyeru semua pelajar menjadi anggota koperasi sekolah supaya
               benar-benar  aktif.  Hal  ini  kerana,  koperasi  adalah  berasaskan  nilai-nilai  berdikari,
               bertanggungjawab  pada  diri  sendiri,  demokrasi  dan  sebagainya.  Nilai-nilai  etika  yang
               diterapkan seperti sadik, amanah, telus, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang
               lain  dapat  diaplikasikan  pelajar  dalam  hidup  bermasyarakat.  Penyertaan  pelajar  dalam
               koperasi juga dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan kaya dengan nilai murni serta
               seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

               Sekian, Terima Kasih



               ...................................................
               TUAN HAJI MOHAMAD BIN YUSOF,
               Pengerusi Koperasi SMK Simpang Rengam  Kluang  Berhad.


               4     KOPERASI SMK SIMPANG RENGAM KLUANG BERHAD
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10