Page 5 - LAPORAN TAHUNAN KOPERASI SESI 2018//2019
P. 5
22 SEPTEMBER 2019 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-19
J-1-0384
SETITIS TINTA
PENGERUSI KOPERASI SMK SIMPANG RENGGAM KLUANG BERHAD
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita
bersama-sama berhimpun sekali lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi untuk kali
ke 18. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota koperasi yang dapat hadir ke
mesyuarat ini.
Alhamdulillah, kita berjaya mencapai peningkatan keuntungan yang banyak berbanding
tahun kewangan sebelumnya. Jumlah keuntungan bersih koperasi bagi sesi 2017/2018
yang diperolehi adalah sebanyak RM 110, 114.03 berbanding RM 108, 708.15 bagi sesi
2018/2019. Peningkatan sebanyak (1.29%) berbanding dengan tahun kewangan
sebelumnya.
Keuntungan yang koperasi perolehi adalah hasil kerjasama pelajar-pelajar dan guru-
guru dengan berbelanja di koperasi. Keuntungan ini dinikmati menerusi projek terbaru
koperasi iaitu hasil penjualan barangan sekolah seperti modul, produk sejuk beku jenama
sekolah, dan jualan runcit.
Sememangnya menjadi anggota koperasi sekolah benar-benar mendapat faedah
yang maksimum. Hal ini kerana, matlamat utama penubuhan koperasi sekolah adalah untuk
mewujudkan barisan pemimpin pelapis koperasi masa depan. Pelbagai program dan projek
berkaitan pendidikan perniagaan dan keusahawanan serta ekonomi yang dilaksanakan oleh
koperasi sekolah terbukti mampu menjana kreativiti dan inovasi pelajar secara aktif.
Selain itu, menjadi anggota koperasi sekolah boleh juga diibaratkan ‘sambil
menyelam minum air’. Hal ini kerana, pelajar dapat mencari pengalaman dan mempelajari
teori tentang perniagaan. Pelajar-pelajar dapat belajar ilmu-ilmu perniagaan seperti menjual,
memasar, mengurus, menyemak stok dan sebagainya. Koperasi juga dapat mewujudkan
sifat sadik dalam diri pelajar. Sadik bermaksud benar, betul, jujur dalam tutur kata dan
tingkah laku. Dalam koperasi, sadik diutamakan dalam tutur kata yang bermaksud bercakap
benar atau tidak berbohong. Di samping itu, amanah iaitu melaksanakan tanggungjawab
yang diserahkan dengan betul dan sentiasa berhemah ketika menjalankan tugas adalah
saah satu sifat yang dapat dibentuk melalui penglibatan pelajar dalam koperasi.
Akhir kata, saya menyeru semua pelajar menjadi anggota koperasi sekolah supaya
benar-benar aktif. Hal ini kerana, koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari,
bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi dan sebagainya. Nilai-nilai etika yang
diterapkan seperti sadik, amanah, telus, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang
lain dapat diaplikasikan pelajar dalam hidup bermasyarakat. Penyertaan pelajar dalam
koperasi juga dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan kaya dengan nilai murni serta
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sekian, Terima Kasih
...................................................
TUAN HAJI MOHAMAD BIN YUSOF,
Pengerusi Koperasi SMK Simpang Rengam Kluang Berhad.
4 KOPERASI SMK SIMPANG RENGAM KLUANG BERHAD