Page 5 - inspirasi2021
P. 5

TINTA PENGETUA KTEP
         TINTA PENGETUA KTEP











                Bismillahhirahmannirahim










                Segala puji bagi-Nya yang Maha Esa, saya





                memanjatkan rasa syukur dengan izin-Nya




                dapat juga e-majalah kolej diterbitkan secara




                maya buat julung-julug kalinya.  Alhamdulillah,




                syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang





                Redaksi  kolej serta guru-guru pebimbing yang




                telah memberi komitmen dalam menghasilkan




                dan menerbitkan e-majalah kolej edisi yang





                pertama .  Berkat kerjasama dan kegigihan




                semua pihak yang terlibat, akhirnya e-majalah




                INSPIRASI  dapat diterbitkan dengan jayanya








                Penerbitan e-majalah  pada kali ini dilihat lebih menarik kerana berteraskan integriti




                dan komitmen yang tinggi daripada semua guru dan pelajar dalam semua aspek di




                samping mempamerkan aktiviti-aktiviti pendidikan yang berlangsung sepanjang tahun





                ini.  Segala detik suka duka yang diharungi oleh warga KTEP telah dilakarkan  di




                dalam e-majalah INSPIRASI 2021






                Kemajuan teknologi yang sentiasa berubah telah memberi impak yang besar terhadap




                dunia pendidikan.  Teknologi yang serba moden telah menuntut agar kita sentiasa




                peka dengan penggunaan teknologi maklumat baharu selari dengan perkembangan





                semasa.  Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),




                sewajarnya semua pihak terutamanya guru dan pelajar bersama-sama mengembleng




                tenaga demi menghasilkan  modal insan yang terbaik   Akhir kata, impian untuk




                mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan menjadi fokus utama kolej.





                 Saya yakin semua warga KTEP akan  terus meningkatkan kecemerlangan Kolej




                Tingkatan Enam Puchong




                Sekian, terima kasih
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10