Page 93 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 93

Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang   2019
                                                                                                         89

                       pelajaran maksimum  Menghadkan Maksimum 10 Mata Pelajaran dan
                                              Penambahan 2 Mata Pelajaran Tambahan Dalam SPM




          DASAR-DASAR KURIKULUM

          OBJEKTIF
                 1 . Dasar Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
                 2. Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
                 3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN dan Jemaah Nazir Malaysia.

          MISI  SEKOLAH
                 Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
                 memenuhi aspirasi negara.

          VISI SEKOLAH
                 Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

          MATLAMAT  SEKOLAH
                 Matlamat sekolah yang digariskan berdasarkan misi tersebut adalah untuk :-
                Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar
                Melahirkan warga sekolah yang cerdas akademik, cemerlang sahsiah, cergas
                 sukan dan kokurikulum
                Mengembangkankan potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum hingga
                 melahirkan insan yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, intelek dan spiritual.
                Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bertatasusila selari dengan Prinsip Rukun
                 Negara.
                Menyediakan suasana sekolah yang kondusif, harmonis dan memberangsangkan untuk
                 pengajaran dan pembelajaran
                Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak perkhidmatan dan keperluan
                 pelanggan iaitu murid dan ibu bapa.
                Menjalin hubungan baik antara masyarakat sekolah dan pihak luar serta masyarakat sekitar.

           1 . KURIKULUM
          Penyataan Dasar
                 1.1       Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
                        yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
                        dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
                        sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan
                        mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan .
                 1.2       Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan sistem arus
                        perdana  dan dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan
                        Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 .
                 1.3       Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
                        Pendidikan Malaysia dan  Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
                 1.4       Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
                        kurikulum semasa.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98