Page 2 - Buku Program KaSTek 13 Ogos
P. 2
PENGENALAN
Penganjuran Karnival Sains dan Teknologi 2018 (KaSTek’18) melalui tema “Sains dan
Teknologi Melestarikan Kehidupan” telah dilihat sebagai satu wadah yang terbaik dan tepat di
dalam menyampaikan maklumat kehebatan sains dan teknologi selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang menyokong kepada transformasi
penyampaian pendidikan tinggi kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya penduduk di
Daerah Mualim.
Melalui karnival ini,12 aktiviti utama telah dirangka dengan penglibatan pelbagai pihak
daripada sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan swasta, NGO dan masyarakat
seluruh negara. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan terhadap meningkatkan
pengetahuan masyarakat bukan sahaja di dalam bidang teknologi tetapi juga keusahawan,
kesukanan dan keselamatan. Aktiviti yang dianjurkan ini juga bertujuan memupuk dan
mempromosikan pembangunan belia yang positif daripada segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
Aktiviti-aktiviti utama yang akan dijalankan sepanjang karnival berlangsung merangkumi
Autonomous Vehicles Awareness and Challenges Focus Group Dialogue, Car Exhibition, Smart Car
Safety System Hackathon, Sustainable Energy Lake Recreation Center (SELReC), Junior
Sepaktakraw Clinic, Persembahan Kebudayaan, Pameran (Drone, Pencegahan Kebakaran, Sistem
Pertahanan dan Kesedaran Kesihatan), Kursus Pendidikan Sepanjang Hayat (Kursus Pemasangan
Solar Panel, Stepping Stone, Pebble Wash dan Cement Ferro), Civil Exhibition 2018 (CivEx’18),
Majlis Pelancaran PIPPo Politeknik Malaysia, Majlis Penyerahan Certificate Of Collaboration (CoC)
bersama industri dan Karnival Keusahawanan.
Karnival ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat
bukan sahaja daripada aspek pencapaian kehebatan sains dan teknologi itu sendiri, tetapi mampu
meningkatkan kefahaman masyarakat Daerah Mualim terhadap aspek keselamatan, teknologi hijau
dan tenaga boleh diperbaharui melalui pameran, demonstrasi, pertandingan dan persembahan
daripada semua pihak yang menyertai.
1