Page 3 - BUKU PROGRAM HACKATHON
P. 3

1.0     Pengenalan PSAS Hackathon  2018


                    1.1    Latar Belakang Program


                                  Revolusi  Perindustrian  4.0  secara  global  bakal  menjana

                           pertumbuhan  ekonomi,  sosial  dan  pembangunan  ke  arah  pendigitalan
                           yang holistik. Revolusi ini akan membabitkan pelbagai bidang termasuk

                           automasi,  robotik,  pengkomputeran  awan,  artificial  intelligent,  dan  IoT

                           akan  menyebabkan  peningkatan  produktiviti,  pengurangan  kos  dan
                           melipat gandakan hasil. Selari dengan kewujudan sebagai salah sebuah

                           institusi  teknikal  di  negara  ini,  dan  juga  pengiktirafan  dalam  bidang
                           automotive  dan  manufacturing  sebagai  niche  area,  PSAS  mengambil

                           inisiatif untuk melaksanakan program ini bagi berkongsi idea dan aplikasi
                           baru dalam pembangunan smart car.


                                  Teknologi smart car berubah agak pantas dan PSAS perlu bergerak

                           seiring  untuk  mengimbangi  perubahan  yang  berlaku  dengan  menjadi
                           sebuah institusi yang lebih fleksibel dan peka dengan perubahan teknologi

                           terkini demi memastikan kewujudannya terus relevan.


                    1.2     Objektif Program


                           Berikut merupakan objektif program:


                           1.2.1  Menghasilkan idea dan aplikasi baru dalam pembangunan smart
                           car system (safety).



                           1.2.2  Memberi  peluang  kepada  peserta  untuk  bertukar  dan  berkongsi
                           pengalaman dan ilmu dalam pembangunan smart car system (safety).


                           1.2.3  Mewujudkan  semangat  perlumbaan  yang  sihat  di  kalangan

                           peserta dalam menghasilkan idea dan aplikasi baru sepanjang program
                           hackathon ini.

                                                                                                         1
   1   2   3   4   5   6   7   8