Page 88 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 88

Sejarah peradaban manusia tidak pernah membuktikan bahawa
             agama Islam tersebar melalui kekerasan. Malah, penguasaan tentera
                  Muslim ke atas beberapa wilayah terdahulu, tidak ada bukti
                       wujudnya kekejaman dan penindasan terhadap
                                  penganut agama lain.


                                                                                                                                                                                          Perutusan Islam sebagai rahmat
                                                                                                                                                                                             buat sekalian alam telah
                                                                                                                                                                                         direalisasikan oleh Rasulullah SAW
                                                      Antara contoh                                                                                                                          sendiri dalam kehidupan
                                            yang jelas adalah penguasaan tentera                                                                                                                  Baginda SAW.
                                               Muslim ke atas Baitulmuqaddis                                                                                                             Konsep Rahmah ini diterjemahkan
                                             (Palestin), kota Constantinople (Turki)                                                                                                        oleh Rasulullah SAW melalui
                                            dan Andalusia (Sepanyol). Keamanan                         RAHMATAN                                                                             komunikasi harian Baginda
                                                 dan kemakmuran dinikmati                                                                                                                terhadap mereka yang berada di
                                              penduduknya tanpa mengira latar                                                                                                            sekelilingnya. Ini termasuklah sifat
                                               belakang bangsa atau agama.               RAHMATAN LIL‘ALAMIN                                                                              rahmah terhadap kanak-kanak,
                                                 Sepanjang penguasaan itu,                                                                                                                anak perempuan, wanita, anak
                                             penduduknya bebas mengamalkan                                                                                                               yatim, warga emas, penuntut ilmu
                                               ajaran agama masing-masing.                                                                                                                malah haiwan sekalipun. Konsep
                                             Ini bertepatan dengan Islam sebagai                     LIL‘ALAMIN                                                                          berbuat baik kepada mereka yang
                                                agama Rahmatan Lil ‘Alamin                                                                                                               berada di sekeliling adalah suatu
                                             (pembawa rahmat ke seluruh alam).                                                                                                             prinsip yang telah disepakati,
                                                 Islam agama perdamaian,                                                                                                                      sebagai al-Ma’lum min
                                              sangat toleran dan penuh dengan                                                                                                                   al-Din Biddharurah
                                               kelembutan serta kasih sayang.
                                                                                                                                                                                                 (Asas keperluan
                                                                                                                                                                                                dalam beragama).











                                                                                        KONSEP DAN PENJELASAN
 Diterbitkan oleh:
 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 (Bahagian Maqasid Syariah)
 Blok A, Aras 9, Kompleks Islam Putrajaya,
 No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
 Presint 3, 62100 Putrajaya


 No. Tel: 03-8870 7843/7027
 No. Faks: 03-8870 7707
 Laman Web: www.islam.gov.my
   83   84   85   86   87   88