Page 11 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 11
Rahmat yang terungkap dalam ayat tersebut diterjemahkan
ke dalam nilai-nilai maqasid Syariah, iaitu memperoleh
kebaikan dan mengelakkan keburukan. Justeru, segala
ajaran Syariat yang diturunkan oleh Allah SWT adalah
terangkum dalam dua nilai tersebut yang merupakan
subjek asas kepada Maqasid Syariah.
Bidang pentadbiran negara merupakan salah satu lapangan
yang diberikan perhatian dalam Syariat. Ia adalah lapangan
yang sangat penting dan asas yang menjadi tonggak
kepada kesejahteraan manusia. Bagi memastikan urusan
pentadbiran dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip
dan asas Syarak, nilai-nilai Maqasid Syariah hendaklah
mengiringi segala tindakan dan urusan pentadbiran.
tadbir urus berteraskan
maqasid syariah ix