Page 92 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 92

PENUTUP








              Tadbir Urus awam menurut Islam adalah
              berteraskan maslahah rakyat. Kakitangan
              awam pada setiap peringkat perlu

              memastikan setiap perancangan dan

              pelaksanaan adalah untuk memenuhi
              maslahah dan menjauhi mafsadah.


              Ini hanya berlaku apabila setiap perancangan dan
              pelaksanaan aktiviti itu memberikan kesan positif terhadap
              pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
              Perancangan dan pelaksanaan aktiviti juga perlu disusun
              mengikut hierarki keutamaan iaitu untuk memenuhi maslahah
              daruriyyah, diikuti maslahah hajiyyah, dan seterusnya
              maslahah tahsiniyyah.  mana-mana perancangan dan
              pelaksanaan aktiviti yang memberikan kesan negatif terhadap
              pemeliharaan lima elemen tersebut adalah suatu mafsadah.

              maqasid syariah yang menjadi teras rujukan siyasah syariyyah
              perlu dibudayakan pada setiap peringkat urus tadbir awam;
              sama ada pada peringkat penggubal dasar atau pelaksana
              dasar. Ini bagi memastikan amanah yang diberikan kepada
              setiap kakitangan awam di malaysia dilaksanakan sebaik
              mungkin untuk maslahah seluruh rakyat malaysia, tanpa
              membezakan bangsa dan agama, berteraskan konsep Islam
              agama rahmat untuk sekalian alam.



                   tadbir urus berteraskan
              80 maqasid syariah
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97