Page 11 - Demo
P. 11
melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menampung kos rawatan mereka. Sudah kering air mata dan tidak mahu berterusan menangisi nasib, pasangan ini tekad men- jalankan tanggungjawab demi me- mastikan pelajaran anak-anak tidak terabai walaupun dihantui masalah kewangan yang kian meruncing.
Muhammad Danish Haikal, 11, yang bersekolah di Sekolah Ke- bangasaan Alam Megah Satu, Shah Alam, adalah satu-satunya anak yang dilahirkan normal. Haikal dalam usia yang masih muda san- gat mengerti kesusahan kedua-dua orang tuanya, dia selalu membantu Mas Enzati menjaga adik-adiknya.
Husna memerlukan kasut khas untuk memudahkannya berjalan kerana sering terjatuh akibat menghidap sindrom dandy walker variant.
Husna pula bersekolah di seko- lah pendidikan khas, memerlukan kasut khas untuk membantunya berjalan kerana selalu terjatuh aki- bat penyakitnya itu. Humairah kini belajar di pra-sekolah berdekatan kawasan rumah mereka..
Selain masalah kesihatan anak, pasangan ini turut diuji dengan masalah kesihatan bapa Mas En- zati, Abd Manaff Abu Bakar, yang menghidap penyakit usus kronik sejak 30 tahun lalu. Manakala ibu- nya, Maimun Razali, menghidap penyakit kulit hanya mampu men- guruskan rumah tangga.
Segalanya Untuk Asnaf
Keadaan kesihatan Abd Manaff semakin merosot. Beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat akibat penyakitnya dan perlu menggu- nakan beg khas di luar perut bagi mengelakkan sisa makanan keluar menerusi saluran usus.
Memandangkan kos beg pe- nutup lubang usus sangat mahal dan tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital, Abd Manaff ter- paksa mencuci dan mengguna pa- kai beg penutup usus berulang kali bagi menjimatkan perbelanjaan.
dalam rumah kecil yang hanya mempunyai ruang tamu, dua bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air.
selain dihimpit dengan pelbagai masalah kesihatan.
Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak dan cucu berada da- lam kesusahan? Abd Manaff dan isterinya turut berkongsi keperitan itu, atas dasar kasih sayang dan kasihan, mereka sanggup tinggal bersama di bawah satu bumbung
Tidak terbayang langsung bagaimana nikmat keselesaan dapat dikecapi anak-anak kecil dan warga emas ini apabila ter- paksa tinggal bersempit-sempit
Suara Asnaf berharap kisah yang dipaparkan ini menjadi as- bab untuk kita turut menggalas tanggungjawab membantu sesa- ma insan yang amat memerlukan bantuan.
KAMI MENGHARAPKAN SUMBANGAN DERMA ANDA. Pembaca yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Yayasan Budi Ihsan Malaysia (MAYBANK- 566010633490)
atau mengimbas kod QR yang disediakan.
* Semua visual yang dipaparkan di dalam e-buletin ini telah mendapat kebenaran Suara Asnaf Okt 2020 daripada setiap individu yang ditemuramah oleh wartawan Suara Asnaf
11