Page 13 - Demo
P. 13

baju rumah sukan, buku Latihan, tanda nama (name tag) guru dan cop ke 286 sekolah di seluruh Ke- lantan dengan menaiki motosikal.
duit saya akan tinggal RM5 tapi di rumah anak, ibu bapa mentua se- dang menunggu saya membawa pulang makanan.
“Kalau cabut (keluarkan) saya hanya tingal RM5 tapi disebab- kan sudah terbiasa, saya paksa diri untuk pegang janji ini dengan Allah, jadi saya cabut juga wang berkenaan dan masukkan ke da- lam tabung masjid. Sepanjang perjalanan pulang saya menangis kerana memikirkan apa yang boleh dibeli untuk kedua-dua mentua, anak dan isteri dengan wang yang hanya tinggal RM5. Saya sendiri belum makan ketika itu, saya kemu- dian membeli makanan dengan wang yang tinggal untuk mereka dan membohongi mereka dengan mengatakan saya sudah makan. Makanan itu langsung tidak cu- kup, apalah sangat yang boleh di- beli dengan wang berjumlah RM5,” ujarnya.
Ha z kemudian menceritakan pada petang itu beliau tiba-tiba me- nerima panggilan telefon daripada seorang pegawai Majlis Agama Is- lam Kelantan (MAIK) yang memerlu- kan seorang penterjemah untuk satu program yang akan berlangsung pada malam hari yang sama.
“Ada satu ketika saya pergi ke lima hingga enam buah sekolah untuk mendapatkan tempahan, namun hari itu tiada sebuah seko- lah yang saya kunjungi membuat tempahan. Waktu itu sudah masuk waktu solat Asar. Saya yang se- dikit kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan sebarang tempa- han kemudian singgah ke sebuah masjid untuk menunaikan solat se- belum pulang ke rumah mentua di Bachok.
Amal konsep sedekah peribadi
“Saya amalkan konsep sedekah peribadi di mana setiap kali sing- gah di masjid saya akan berse- dekah tanpa melihat jumlah duit yang ada di dalam dompet. Saya buka sahaja dompet dan keluarkan duit tanpa melihat warna not yang ada. Kalau keluar merah, merah lah saya sedekahkan, kalau biru, biru lah (sedekahkan) dan kalau keluar warna hijau, hijau lah, dan masa itu saya tahu duit saya hanya dua ke- ping not bewarna hijau (RM5), jadi jika saya cabut salah satu not itu,
Segalanya Untuk Asnaf
Ha z Hiew bersama isterinya Siti Sabarina Mat Yusoff
Ikon Dermawan
BIODATA
• Nama: Mohd Ha zuddin Hiew Abdullah
• Profesion: Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd (Pengasas C2Joy)
• Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Teknologi Pertanian, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), Universiti Malaysia Kelantan
• Umur: 33 tahun
• Status perkahwinan:
Berkahwin
• Isteri: Siti Sabarina Mat
Yusoff
• Anak: Huzaifah Hiew
(10 tahun), Nur Hasyifah Hiew (7 tahun), Hanifah Hiew
(5 tahun) (anak bersama bekas isteri)Hamzah Asadullah Hiew (61 hari)
Suara Asnaf Okt 2020
13


































































































   11   12   13   14   15