Page 12 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 12

MOTIVASI APLIKASI


               Terdapat bermacam-macam aplikasi  telefon pintar  berkaitan kesihatan sedia
               untuk dimuat turun secara percuma yang dapat memberikan motivasi dalam
               perjalanan menuju gaya hidup sihat di hujung jari anda.


               Cuba aplikasi MyNutriDiari 2 oleh Kementerian Kesihatan yang menyediakan
               maklumat  pemakanan  dan  aktiviti  fizikal  serta  fungsi  berguna  seperti  diari
               pengambilan makanan harian dan kalkulator indeks jisim tubuh (BMI).




               JANGAN TAKUT UNTUK MAKAN

               Makan semua makanan daripada pelbagai kumpulan dalam piramid makanan,
               tetapi  dalam  saiz  hidangan  yang  sederhana  Pilih  pelbagai  jenis  makanan

               daripada setiap kumpulan makanan. Dalam erti kata lain, amalkan tabiat makan
               berpandukan keseimbangan, kesederhanaan, dan kepelbagaian. Jadikan Model
               Pinggan  Sihat  Malaysia  atau  konsep  ‘Suku-Suku-Separuh’  sebagai  panduan

               dalam membuat pilihan makanan seharian. Isikan suku pinggan pertama dengan
               sumber karbohidrat (seperti nasi, mi dan bijirin), suku kedua dengan protein
               (ikan,  ayam,  daging,  telur  dan  kekacang),  manakala  separuh  pinggan  pula

               dipenuhi sayur-sayuran dan buah-buahan.



               Amalkan tabiat pemakanan ‘jantung sihat’


               Kekerapan  pengambilan  makanan  yang  berlemak  dan  berkolesterol  tinggi
               meningkatkan  faktor  risiko  penyakit  jantung.  Oleh  itu,  kurangkan  makanan
               bergoreng; pilih makanan yang dikukus, dipanggang atau dibakar. Hadkan juga
               makanan yang tinggi dengan gula, minyak dan garam. Tingkatkan pengambilan

               serat makanan yang dapat membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa
               dalam darah, mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit
               jantung.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15