Page 67 - 003 DSKP KSSM SAINS TINGKATAN 3_Neat
P. 67
KSSM SAINS TINGKATAN 3
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
3.2.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji Cadangan aktiviti:
faktor yang mempengaruhi kadar denyutan
Melakukan aktiviti aktif untuk membuat perkaitan
nadi.
mengenai peningkatan denyutan nadi dengan kadar
pengambilan oksigen dan pembebasan karbon
dioksida.
Mengukur dan membaca tekanan darah (bacaan
sistolik dan diastolik) dan membincangkan penghasilan
bunyi lub dub semasa jantung berdenyut.
Mengkaji kesan aktiviti fizikal terhadap kadar denyutan
nadi dan membincangkan faktor lain yang
mempengaruhi kadar denyutan nadi seperti:
Jantina.
Umur.
Kesihatan badan.
3.2.4 Mewajarkan kepentingan mengekalkan Cadangan aktiviti:
jantung yang sihat.
Kesihatan jantung perlu diberikan perhatian
memandangkan fungsinya yang sangat signifikan
dalam kelangsungan hidup manusia.
Melaksanakan pembelajaran berasakan projek melalui
pendekatan STEM untuk merancang satu kempen
kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman mengenai kesihatan jantung.
55