Page 20 - MANUAL PENGURUSAN KERJA SMK RENEK 2020
P. 20

Manual Pengurusan kerja 2020







                        PANDUAN AM GURU DAN KAKITANGAN SMK RENEK

                 1.  WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
                    1.1.  Waktu rasmi persekolahan adalah sebagaimana jadual waktu
                    1.2.  Sepanjang waktu persekolahan guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah, kecuali
                         dengan kebenaran
                    1.3.  Guru mestilah sampai di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu persekolahan
                          (7.30 pagi)
                    1.4.  Waktu pulang rasmi ialah selepas selesai solat berjemaah.
                    1.5.  Staf sokongan mesti melaporkan diri (mengikut waktu kerja berperingkat):-
                        7.30pg – 4.30 petang
                        8.00 pg – 5.00 petang

                 2.  PAKAIAN
                    2.1.  Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur
                    2.2.  Seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan
                    2.3.  Guru lelaki dikehendaki berambut pendek dan potongan yang sesuai
                    2.4.  Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai
                        2.4.1. Guru Perempuan:- Seluar trek/seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan,
                             baju trek. Kasut sukan atau getah tanpa tumit
                        2.4.2. Guru Lelaki:-Seluar trek/seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju
                              trek atau jersi. Kasut sukan atau getah tanpa tumit

                 3.  PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
                    3.1.  Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan
                         dengan Pembantu Tadbir dan Pengetua
                    3.2.  Guru-guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
                          Panitia, Ketua Bidang atau Penolong Kanan

                 4.  PERAKAM WAKTU
                    4.1.  Semua guru dan kakitangan wajib merekodkan sendiri waktu datang dan pulang
                    4.2.  Kad perakam waktu adalah dokumen rasmi yang membantu Pengetua untuk membuat
                         penilaian prestasi tahunan guru dan kakitangan
                    4.3.  Kad perakam waktu akan diaudit

                 5.  MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH
                    5.1.  Guru-guru tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pengetua
                    5.2.  Guru yang mendapat kebenaran Pengetua hendaklah menulis butiran di Buku Kebenaran
                         Keluar
                    5.3.  Guru yang mendapat arahan JPN/PPD dan sebagainya hendaklah memaklumkan kepada
                         Pengetua terlebih dahulu

                 6.  CUTI SAKIT
                    6.1.  Guru yang tidak dapat hadir dan mendapat Cuti Sakit hendaklah memaklumkan kepada
                         Pengetua/GPK Pentadbiran, melalui telefon atau pesanan dengan kadar yang segera
                    6.2.  Surat Cuti Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua

                 7.  CUTI REHAT KHAS

                                              19                           #semekarmenciptakecemerlangan#
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25