Page 13 - Pelan Strategik 2018
P. 13
MATLAMAT
Bagi mencapai visi dan misi, universiti berazam dan beriltizam:
Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam
aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang
telah diterima selama ini bagi menjana, mengembang dan
memperdalam ilmu;
Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi
membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi
bahasa Melayu dalam pelbagai bidang;
Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan,
termasuk perangkaian maklumat, penyelidikan, penerbitan dan
perundingan dalam dan luar negara;
Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu,
berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan
bersemangat patriotis;
Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa
perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat
dan negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis
dan nasionalistis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan
menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
PELAN STRATEGIK UPSI 2018-2020 | 7