Page 69 - Pelan Strategik 2018
P. 69
RUMUSAN
Pelan Strategik UPSI 2018-2020 adalah suatu
usaha berterusan pihak universiti ke arah mencapai
visi dan misi UPSI sebagai sebuah universiti yang
memfokuskan bidang pendidikan sebagai teras utama
di samping mengembangkan disiplin ilmu lain yang juga
penting ke arah mencapai visi dan misi negara khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelan Strategik ini akan menjadi panduan kepada
Pusat Tanggungjawab (PTj) berkaitan untuk merancang
dan melaksanakan aktiviti yang boleh membawa
kepada pencapaian Sasaran Petunjuk Prestasi (KPI)
yang ditetapkan bagi setiap objektif. Perancangan
pencapaian keseluruhan objektif dan KPI akan dibuat
pada awal tahun sepanjang tempoh Pelan Strategik.
Penambahbaikan akan dilakukan untuk memastikan
semua objektif dan KPI yang ditetapkan akan dapat
dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
PELAN STRATEGIK UPSI 2018-2020 | 63