Page 7 - JK Laman Sesawang IPGKSM 2018(1)
P. 7

P a g e  | 6



               1.      UCAPAN PENGERUSI
                       1.1    Pengerusi  mengalu-alukan  kedatangan  ahli  ke  Mesyuarat  JK  Laman  Sesawang
                              Bil.2/2017
                       1.2    Memaklumkan keperluan mengemaskini laman sesawang sebagai sumber capaian
                              maklumat berkenaan IPGKSM
                       1.3    Memaklumkan bahawa setiausaha tidak dapat menghadirkan diri kerana terlibat
                              sebagai fasilitator kursus lain
                       1.4    Pengerusi memohon semua ahli mengemaskini bahagian/unit masing-masing dan
                              mengharapkan sokongan sepenuhnya untuk kejayaan.
                                                                                      Tindakan : Makluman
               2.      PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
                       2.1    Minit mesyuarat JK laman Sesawang bil.2/2017 disahkan oleh En.Mohd Zailani
                              bin Ibrahim dan diterima sebulat suara oleh ahli majlis mesyuarat.

                                                                                      Tindakan : Makluman
               3.0     PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
                       3.1    Para  3.1  Bil  2/2017:  Berkaitan  peningkatan  kemahiran  untuk  penyelaras  laman
                              web,  mesyuarat  dimaklumkan  akan  keperluan  bengkel  kemahiran  web  untuk
                              semua penyelaras jabatan.
                                                                                       Tindakan: Setiausaha
                       3.2    Para  5.1  Bil  2/2017:  Mesyuarat  dimaklumkan  keperluan  kepada  satu  polisi
                              pemakluman sesuatu perkara melalui penggunaan Borang Makluman Web supaya
                              individu  atau  organisasi  berkenaan  lebih  bertanggungjawab  terhadap  hebahan
                              maklumat yang akan dipaparkan di laman sesawang.
                                                                                       Tindakan: Setiausaha

                       3.3    Para 7.5 Bil.2/2017: Pn.Asmida memberi maklum bahawa dalam satu mesyuarat
                              jawatankuasa  Buletin  IPGKSM  mengutarakan  persoalan  muatnaik  dan
                              penyimpanan gambar-gambar untuk jawatankuasa berkenaan.
                                                                              Tindakan : J/K Teknikal Web


               4.0     HAL-HALLAIN
                       4.1    Mesyuarat dimaklumkan bahawa domain ipgmksm.edu.my yang disewa tapaknya
                              akan  tamat pada akhir bulan 3 2018.
                                                                        Tindakan : En.Shamsuddin Ahmad

                       4.2    Mesyuarat mengambil maklum keperluan hebahan maklumat kepada IPGM atau
                              KPM
                                                                                      Tindakan : Setiausaha
                       4.3    Mesyuarat  mengambil  maklum    memperkasakan  penggunaan  email  1GOVUC
                              dengan tidak mengabaikan dan penamatan email ipgmksm.edu.my
                                                                                           Tindakan :  PTM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10