Page 14 - E BOOK BUKU PENGURUSAN PSS BANTURA
P. 14
Al- Biruni 2018
PERATURAN PENGGUNAAN PSS
Peraturan umum
Masa perkhidmatan ialah pada waktu rehat dan waktu petang (2.30 hingga 4.00)
Kebersihan dan keceriaan perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.
Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di perpustakaan.
Hanya pelajar yang memakai pakaian yang sopan sahaja dibenarkan menggunakan perpustakaan
pada waktu petang.
Untuk program NILAM, guru hendaklah bersama dengan pelajar sepanjang masa.
Guru hendaklah berada di pintu masuk bagi memudahkan kawalan pelajar.
Guru adalah bertanggungjawab memastikan perlakuan pelajar sepanjang berada di perpustakaan
Bagi guru yang menggunakan perpustakaan pada waktu akhir, hendaklah memastikan semua suis
elektrik ditutup.
Bagi guru yang ingin menggunakan perpustakaan semasa waktu pengajaran, hendaklah membuat
tempahan terlebih dahulu sebelum masuk.
Guru hendaklah merekodkan penggunaan perpustakaan ini di dalam buku rekod yang disediakan
di kaunter guru.
Peraturan sebelum masuk
Dilarang membawa makanan dan minuman ke perpustakaan.
Dilarang membawa masuk beg sekolah, buku rujukan, fail atau peralatan luar.
Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan kertas tulis sahaja.
Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa waktu pengajaran tanpa pengawasan guru.
Pelajar dikehendaki menanggalkan kasut dan berbaris ketika masuk dan keluar dari perpustakaan.
Peraturan semasa berada di perpustakaan
Pelajar dilarang makan dan minum serta membuat bising.
Pelajar dilarang membawa keluar sebarang bahan bacaan.
Dilarang menconteng, merosakkan atau mengoyak bahagian-bahagian tertentu dalam mana-mana
bahan bacaan.
Dilarang membawa, memindahkan dan menyembunyikan bahan bacaan ke tempat lain.
Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
Pengguna dikehendaki menyimpan semula bahan bacaan yang diambil ke tempat asal.
Peraturan pinjaman
Pelajar hanya boleh meminjam buku selama 5 hari sahaja. Denda akan dikenakan kepada pelajar
yang lewat memulangkannya.
Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas semua buku yang dipinjam .
Urusan pinjaman dan pemulangan buku hendaklah dilakukan pada waktu rehat dan petang sahaja
Tindakan akan dikenakan kepada pelajar yang menyewakan kad pinjaman kepada pelajar lain
Pinjaman Red Spot hanya dibenarkan selama 2 hari 1 malam sahaja..
Pinjaman Red Spot hanya boleh dibuat di kaunter Red Spot melalui guru perpustakaan sahaja
13 Buku Pengurusan Pusat Sumber SMK BANTURA