Page 3 - E BOOK BUKU PENGURUSAN PSS BANTURA
P. 3

Al- Biruni     2018




                                                   PENGENALAN PSS





                     Pusat Sumber Sekoah adalah sebuah pusat yang mengumpul dan menyebarkan pelbagai maklumat
               dalam  beberapa  bilik  atau  banggunan  khas  yang  diurus  dan  dikendalikan  secara  sistematik  oleh
               kakitangan  media  yang  terlatih.  PSS  secara  meluasnya  meliputi  sesuatu  tempat  yang  menempatkan
               bahan-bahan  pendidikan  pembelajaran,  dalam  bentuk  bercetak  dan  bukan  bercetak,  yang  boleh
               mendatangkan  pengetahuan  dan  menimbulkan  minat  kepada  pelajar  termasuk  buku,  dokumen,  surat
               khabar, model, carta, gambarajah, peta, filem slaid, pita rakaman, dan sebagainya.
                       Pusat Sumber Sekolah adalah satu tempat terkumpulnya berbagai-bagai alat dan bahan media
               pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna. PSS juga adalah
               tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat
               pengajaran  demi  meningkatkan  lagi  proses  Pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc).  PSS  adalah
               sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan PdPc yang diurus secara sistematis.
               PSS juga tempat bagi memperolehi, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan
               dalam P&P.

                       PSS  ditubuhkan  dengan  matlamat  untuk  membentuk  masyarakat  yang  berbudaya  ilmu,  gemar
               membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Ramai yang keliru dengan menganggap bahawa
               PSS  terdiri  daripada  beberapa  bilik  tertentu  sahaja.  Mereka  tidak  menyedari  bahawa  PSS meliputi
               seluruh kawasan sekolah. Seluruh kawasan persekitaran sekolah berfungsi sebagai Pusat Sumber. Hal
               ini adalah kerana sumber belajar dan mengajar ada di mana-mana sekitar sekolah samaada benda maujud
               atau abstrak.

                       Dalam  konteks  mutakhir  sekarang,  Pusat  Sumber  bukan  lagi  merupakan  bilik  khas. PSS
               ditakrifkan  sebagai  pusat  integrasi  antara  perpustakaan  buku  dengan    perkhidmatan  bahan  bantuan
               mengajar  dan  merupakan  sebuah  unit  yang  bersepadu.  Hakikatnya, seluruh  kawasan  sekolah  boleh
               menjadi  Pusat  Sumber  Sekolah.    Maka,  di  mana-mana  sahaja    di  kawasan    sekitar  sekolah  yang
               terdapatnya maklumat yang diurus secara sistematik dan dapat dimanfaatkan dalam PdPc boleh menjadi
               pusat  sumber  sesebuah  sekolah.  Pusat  Sumber  Sekolah  merupakan  tempat  yang  amat  sesuai  untuk
               proses Pembelajaran  dan  pemudahcaraan.PSS biasanya  dilengkapi  dengan  pelbagai  bahan  yang
               bertujuan menambahkan maklumat semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan.PSS juga adalah
               satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan pihak sekolah mencapai matlamat kurikulumnya.


























                      2  Buku Pengurusan Pusat Sumber SMK BANTURA
   1   2   3   4   5   6   7   8