Page 1 - Surat Makluman Penjajaran 2020_Peruntukan Masa_Sekolah Menengah.pdf
P. 1
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Director General of Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8
KOMPLEKSKERAJAAN PARCELE
Government Complex Parcel E
PUSATPENTADBIRANKERAJAAN PERSEKUTUAN Tel:03-8884 6077
Federal Government Administrative Centre Faks: 03-88894548
62604PUTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my
Ruj. Kami: KPM.100-1/3/1 Jld.3 ( 20 )
Tarikh: 10 Julai 2020
SEPERTISENARAIEDARAN
YBhg. DatuklDato'/Dr.lTuan/Puan,
PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM SELARI
PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan
semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam bermula pada
15Julai 2020 bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta Peralihan,Tingkatan 1hingga
Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Semester 1. Sesi persekolahan bagi murid Tahun 1
hingga Tahun 4 pula akan bermula pada 22 Julai 2020. Garis Panduan
Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dan pemakluman berhubung model
pengoperasian pembukaan penuh sekolah telah diedarkan sebagai rujukan semua
pihak yang berkepentingan.
3. Sehubungan dengan itu, bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan
berdasarkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah
menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Penjajaran kurikulum ini
melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran
berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan
khusus mata pelajaran.
4. KPM telah menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan
masa minimum dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan kepada pihak
sekolah, guru dan ibu bapa yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi Bahagian
Pembangunan Kurikulum http://bpk.moe.gov.my.

