Page 1 - Surat Makluman Penjajaran 2020_Peruntukan Masa_Sekolah Menengah.pdf
P. 1

KETUA PENGARAH     PELAJARAN    MALAYSIA
                               Director General of Education Malaysia
                               ARAS 8, BLOK E8
                               Level 8, Block E8
                               KOMPLEKSKERAJAAN PARCELE
                               Government Complex Parcel E
                               PUSATPENTADBIRANKERAJAAN PERSEKUTUAN                   Tel:03-8884 6077
                               Federal Government Administrative Centre               Faks: 03-88894548
                               62604PUTRAJAYA                                         Laman Web: www.moe.gov.my
                                                           Ruj. Kami: KPM.100-1/3/1 Jld.3 ( 20     )
                                                           Tarikh:     10 Julai 2020




            SEPERTISENARAIEDARAN


            YBhg. DatuklDato'/Dr.lTuan/Puan,


            PEMAKLUMAN            MENGENAI          PELAKSANAAN            KURIKULUM           SELARI
            PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH


            Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


            2.   Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan
            semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam bermula pada
            15Julai 2020 bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta Peralihan,Tingkatan 1hingga

            Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Semester 1. Sesi persekolahan bagi murid Tahun 1
            hingga Tahun 4 pula akan bermula pada 22 Julai 2020. Garis Panduan
            Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dan pemakluman berhubung model
            pengoperasian pembukaan penuh sekolah telah diedarkan sebagai rujukan semua
            pihak yang berkepentingan.



            3. Sehubungan dengan itu, bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan
            pembelajaran murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan
            berdasarkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah
            menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard
            Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan
            Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).                     Penjajaran kurikulum ini

            melibatkan penyusunan semula              kandungan, pedagogi serta pentaksiran
            berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan
            khusus mata pelajaran.


            4. KPM telah menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan
            masa minimum dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan kepada pihak

            sekolah, guru dan ibu bapa yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi Bahagian
            Pembangunan Kurikulum http://bpk.moe.gov.my.
   1   2   3   4   5   6