Page 11 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 11

  PROFIL
6
   Rajah e. Perbelanjaan Latihan (2011-2015)
Kemahiran dan pengetahuan staf sentiasa ditingkatkan dengan menghadiri kursus / latihan/ seminar / bengkel yang dianjurkan oleh UiTM atau pihak luar. Jumlah perbelanjaan latihan staf UiTMCPh pada 2011-2015 ditunjukkan dalam rajah (e). Sejumlah RM193,455 telah dibelanjakan untuk latihan staf pada tahun 2011 dan meningkat kepada RM379,291 pada tahun 2012. Walaubagaimanapun,
jumlah perbelanjaan latihan pada tahun 2017 menyusut berbanding 2016 disebabkan bajet latihan yang
berkurangan. Staf yang mengikuti latihan di luar kampus dikehendaki berkongsi ilmu dan maklumat yang diperolehi dalam program yang dipanggil ‘Sesi Perkongsian’ juga melalui pendekatan “Training Of Trainers” atau TOT.
Keupayaan tenaga kerja UiTMCPh dimantapkan dengan komitmen pengurusan dan kesungguhan terhadap tugas melalui pusingan kerja, kelengkapan prasarana serta latihan. Analisis SWOT dilaksanakan bagi memastikan tenaga kerja mahir dalam bidang masing- masing dan multi skilling. Langkah-langkah untuk pemantapan tenaga kerja adalah seperti berikut:
Keperluan menyeluruh tenaga kerja termasuk kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan dilaksanakan melalui 6K seperti berikut.
     Kategori (6K)
      Penjelasan
      Kemudahan
    - Bilik komputer pensyarah disediakan
- Menaiktaraf prasarana sukan iaitu padang bola sepak, tenis, bola jaring, memanah, ragbi, petanque, sirkit
merempuh halangan dan trek mountain bike
- Kemudahan OKU (tempat letak kereta, tandas, laluan kerusi roda, bilik kuliah khas)
     Kebajikan
  - Kelab Akademik menjaga kebajikan pensyarah dan mewujudkan semangat kekitaan dalam suasana bekerja melalui pelbagai aktiviti sepanjang tahun
- Rumah tamu, perumahan kakitangan serta taska, tadika dan koperasi disediakan di dalam kawasan universiti
- Setiap staf yang berkahwin, mendapat cahaya mata dan menyambut hari lahir diberikan ucapan tahniah dan sumbangan hadiah
- Membuat kutipan derma untuk membantu staf yang memerlukan
- Meraikan staf baru atau staf yang bertukar tempat kerja/bersara
- Persatuan Wanita UiTM (PEWANI), Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan UiTM (PSKK), Kesatuan
Kakitangan UiTM (KKU) menjalankan aktiviti kebajikan, sukan, lawatan muhibah dan hari keluarga
     Kesihatan
    - UiTMCPh menggalakkan staf menjalani pemeriksaan kesihatan berkala dan program kesihatan seperti Program Nafas Baru, Karnival ‘Jom Sihat’, Kembara Kampus, kursus Basic Life Support, Kempen Derma Darah, pemeriksaan “Urine test” untuk staf pilihan, rawatan kecemasan, bengkel Pengurusan Stress dan perkhidmatan Klinik Pergigian Bergerak (berkala)
- Terdapat juga perkhidmatan kaunseling bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi
      Kebersihan
        - Mengamalkan 5S di ruangan persekitaran kerja serta gotong-royong perdana membersihkan kawasan kampus
- Pengurusan LEAN mengurangkan 8 pembaziran sekaligus menjadikan persekitaran bersih dan teratur
     





































































   9   10   11   12   13