Page 6 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 6

           PROFIL Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang (UiTMCPh)
PENERANGAN
UiTM Cawangan Pahang (UiTMCPh) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1985, mula beroperasi di Kuantan dan kemudiannya berpindah ke kampus induk di Jengka pada 1 Januari 1993. Satu kampus baru di Raub, beroperasi pada November 2015 dengan menempatkan tiga fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Kampus Kuantan telah ditutup dengan pembukaan kampus Raub. Kampus Raub ini dibina dengan kaedah Private Finance Initiative (PFI) mempunyai keluasan 80 ekar sementara kampus induk di Jengka berkeluasan 300 ekar dengan jarak 190 km ke Kuala Lumpur dan 120 km ke Kuantan. Lokasinya strategik serta dipenuhi spesis flora dan fauna, bertepatan dengan tagline Kampus Khazanah Alam dengan penawaran kursus berasaskan Engineering and Environmental Heritage. Pengurusan kampus khazanah alam UiTMCPh ditunjangi oleh kepimpinan Rektor Kampus, Y.Bhg Prof. Dr Nazip Suratman dan juga barisan ahli Eksekutif kampus seperti di lampiran A.
PERSEKITARAN
Program Pendidikan dan Perkhidmatan
Program dan perkhidmatan yang ditawarkan di UiTMCPh terbahagi kepada tiga iaitu teras pendidikan kepada pelajar, perkhidmatan sokongan kepada pelajar, dan khidmat nasihat perundingan kepakaran secara profesional kepada pihak berkepentingan. Program berasaskan teras pendidikan dan enrolmen disenaraikan seperti berikut:
Program Pendidikan dan Enrolmen Disember 2016
PROFIL
1
     Kampus Jengka dan Raub
           Program
Enrolmen
Enrolmen
                 Fakulti Perakaunan
● ISM Perakaunan (tiada pengambilan) ● Diploma Perakaunan
Fakulti Pengurusan Perniagaan & Pengurusan Pejabat
● ISM Pengurusan Sistem Pejabat
● Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat
         9 120
131 497
                 Fakulti Sains Gunaan
● Diploma Pengajian Perniagaan
● Pra Diploma Perdagangan
399 269
                 ● ISM Biologi (Natural Product)
122
● Diploma Pengajian Perbankan
450
                 ● ISM Kimia (Teknologi Alam Sekitar)
144
             Fakulti Kejuruteraan Awam
    ● ISM Fizik
76
                 ● ISM Teknologi Perabut
91
● Diploma Kejuruteraan Awam
296
                ● ISM Bio Komposit
-
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
                  ● Diploma Sains
762
● ISM Matematik Pengkomputeran
21
                 ● Diploma Industri Perkayuan ● Pra diploma
429 90
● Diploma Sains Komputer
● Diploma Statistik
506 389
      Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
               Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
         58
                ● ISM Teknologi dan Pengurusa
Perladangan
● Diploma Pengurusan Ladang
-
503
● ISM Sains Sukan
 ● Diploma Pengajian Sukan
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
● Diploma Pentadbiran Awam
344
945
        n
Bagi menjaga kepentingan pelajar sebagai pelanggan utama dan menepati tema Engineering and Environmental Heritage dengan nisbah 60% S&T dan 40% SS maka berlaku lonjakan bilangan pelajar diploma dan Ijazah Sarjana Muda (ISM) bidang S&T berbanding SS.
Enrolmen kampus Jengka diunjurkan seramai 11000 pelajar serta 3000 pelajar kampus PFI di Raub digunakan bagi perancangan pembangunan akademik dan sumber manusia, pembangunan pelajar, infrastruktur, dan ICT berpandukan perkhidmatan sokongan dengan spesifikasi berikut:
   
































   4   5   6   7   8