Page 8 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 8

  PROFIL
3
  Mekanisme penyampaian maklumat diterangkan seperti berikut: Kekerapan Penyaluran Maklumat Secara Terus di UiTMCPh
Visi dan Misi
UiTMCPh menjiwai dan menggunapakai visi dan misi UiTM induk disamping menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat, berpandukan peribahasa “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” telah menzahirkan nilai PAHANG:
Empat dasar utama diamalkan untuk kelestarian kampus iaitu Dasar Persekitaran, Dasar Hospitaliti, Dasar Apresiasi dan Dasar Pengurusan Lean yang dibentuk secara simbiosis untuk menjamin UiTMCPh terus relevan sebagai pusat ilmu.
Dasar ini diwujudkan dengan mengambilkira keperluan, pencapaian dan hasil MKSP, Perancangan Strategik dan PDCA yang ditunjangi 792 staf dan hampir 11000 pelajar.
Pada tahun 2017, tumpuan diberi dalam proses menyiapkan pembinaan kolej kediaman untuk penempatan 4000 pelajar (Kompleks Kediaman Tok Gajah), naik taraf kolej kediaman dan baik pulih kemudahan kem Sri Gading, pemantapan prasarana P&P disokong dengan makmal alam semulajadi hutan simpan sebagai living laboratory, Kem Sri Gading Taman Herba serta program keusahawanan yang dilihat turut melahirkan modal insan berkelayakan dalam bidang kepakaran, multitasking, berinisiatif tinggi, membudayakan kerja berpasukan, berkemahiran, dan professional.
Proses penyebaran visi, misi dan nilai kepada warga kampus dilakukan secara top- down dan kitaran seperti rajah di bawah, seterusnya mewujudkan dialog dua hala bagi menyampaikan hasrat, mendapatkan maklumbalas, memberikan penghargaan dan pengiktirafan serta mencari penyelesaian melalui perkongsian dan perbincangan agar semua pihak beroleh manfaat.
Lima Kompetensi Teras yang merupakan fungsi utama universiti meliputi teras Pengajaran dan Pembelajaran, Penyelidikan dan Inovasi, Akademia dan Industri, Kelestarian dan Kepimpinan dan Keusahawanan.
       Tahunan
Perutusan Naib Canselor Amanat Tahun Baharu Bicara/Forum
Laporan Tahunan Bahagian
2 kali setahun
Laporan setengah tahun
Mengikut keperluan
Pekeliling UiTM Induk Pekeliling UiTM (Pahang) Papan kenyataan
Laman sesawang Program yang dianjurkan
        P
   Profesional
    Sentiasa mengamalkan sifat seorang profesional dari segi kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu perkara.
     A
   Apresiasi
    Penghargaan terhadap sumbangan, jasa seseorang atau sesuatu pihak serta penghayatan.
     H
     Hospitaliti
     Layanan mesra dan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.
     A
  Akauntabiliti
  Sifat bertanggungjawab terhadap sesuatu tindakan dan keputusan serta bersediia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.
     N
     Nasionalisme
     Perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam.
     G
 Glokal
  Berpaksi dalam negara namun akal menerjah di arena antarabangsa yang sentiasa berpaksikan kepada budaya melayu dan bertunjangkan ajaran Islam yang suci.
     Persekitaran
       Memastikan persekitaran bersih dan selamat.
  Hospitaliti
     Layanan mesra dan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.
  Apresiasi
         Memberi penghargaan dan penghormatan terhadap jasa setiap staf,pelajar dan masyarakat.
  Pengurusan Lean
        Mengenalpasti dan menghapus pembaziran untuk penambahbaikan berterusan
     






















































   6   7   8   9   10