Page 73 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 73
HASIL PENCAPAIAN K7 - 4
Akademik Pelajar (TAPA) untuk fakulti yang ingin menganjurkan bengkel MySLT kepada para pelajar bermula pada hujung tahun 2015. Bengkel ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam menguruskan masa di antara pembelajaran di dalam dan di luar bilik kuliah. Peruntukan bajet ini juga merangkumi pengagihan lencana dan Manual MySLT. Tujuh fakulti pada tahun 2016 dan empat fakulti pada tahun 2017 telah memohon untuk pelaksanaan bengkel MySLT kepada pelajar semester satu dan semester dua bagi sesi penerangan dan simulasi pengiraan MySLT yang perlu difahami oleh setiap pelajar supaya dapat diaplikasikan untuk semester seterusnya sehingga tamat pengajian. Pelajar UiTMCPh adalah terikat dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar, Akta 174 yang diwasilahkan semasa Minggu Destini Siswa (MDS). Akta ini dapat mengelakkan para pelajar dalam melibatkan diri dalam bidang politik serta terpengaruh dengan negatif media sosial. Selain itu, penganjuran ceramah kesedaran dan kerohanian seperti Sambutan Kemerdekaan, 1 Malaysia dan Merubah Destini Anak Bangsa juga dapat memupuk semangat nasionalisme dan cintakan agama, bangsa serta negara dan seterusnya mendokong nilai PAHANG (Profesional, Apresiasi, Hospitaliti, Akauntabiliti, Nasionalisme, Glokal) (Rajah 1.2).
20
10
0
20
2015
2016 2017
5
3
Sumber: HEP UiTMCPh
Rajah 7.1j: Bilangan Lawatan NR di UiTMCPh (2015 – 2017)
Dari sumber risiko sistem pula, pemantauan terhadap pelajar non-resident (NR) dilakukan secara berkala oleh Unit Pengurusan Non- Resident (UPNR) dan Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident (PPPNR) seperti di Rajah 7.1j. Pada tahun 2017, hanya terdapat tiga kali lawatan NR sahaja dilakukan. Ini kerana jumlah pelajar NR dapat dikurangkan dengan pembukaan Kolej Kediaman Tok Gajah yang berkapasiti 4000 pelajar secara keseluruhan. Justeru dengan pengurangan pelajar NR ini juga dapat membantu mengurangkan risiko keselamatan pelajar di luar kampus. Penggunaan sistem atas talian e – NR
juga membantu proses pemantauan pelajar NR oleh pihak UiTMCPh dengan lebih cepat dan efisyen dalam menyasarkan sifar NR pada tahun 2017 hingga 2018.
7.2 Hasil Dari Proses
Pencapaian Prestasi Proses
Prestasi pencapaian hasil pembangunan pelajar dinilai berlandaskan kepada pemetaan antara model halatuju strategik UiTM dengan Objektif Strategik UiTMCPh dan VCSP.
Terdapat tujuh aktiviti utama yang dinilai hasil dari proses utama pembangunan pelajar iaitu program pemantapan pelajar, motivasi dan kerjaya, kerohanian, sukan, khidmat masyarakat, tatatertib pelajar dan audit dalam.
i) Program Pemantapan Pelajar (PDCA
pemantapan pelajar melalui aktiviti PDCA adalah dijalankan bagi meningkatkan prestasi pembangunan pelajar dengan memberikan suntikan motivasi kepada pelajar yang mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumpul (CGPA) kurang daripada 2.30. Program yang memberi kesan yang amat positif kepada peningkatan pencapaian para pelajar ini adalah Kursus