Page 75 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 75
Bersiri direkodkan sebagai program yang paling banyak dilaksanakan bagi tahun 2017. Program-program ini termasuklah Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Persijilan Falak, Kelas Tahsin Al-Quran/Quran Hour, Dakwah Street dan lain-lain program lagi bagi pemantapan jiwa dan kerohanian pelajar di UiTMCPH. Antara program yang melibatkan banyak penyertaan adalah pada bulan ramadan yang lalu iaitu 6900 orang pelajar melalui program Iftar Percuma Pusat Islam di bawah kategori P1 (Program Sempena Hari Kebesaran Islam).
iv) Sukan
Sumber: HEP UiTMCPh
Rajah 7.2d: Jumlah Bilangan Aktiviti Sukan di UiTMCPh (2015 – 2017)
Sumber: HEP UiTMCPh
Rajah 7.2e: Bilangan Kejohanan Pencak Silat di UiTMCPh (2015 – 2017)
HASIL PENCAPAIAN K7 - 6
50 40 30 20 10
0
49
25 13
2015
2016 2017
4 3 2 1 0
3
44
2016 2017
2015
Rajah 7.2d menunjukkan jumlah bilangan aktiviti sukan yang disertai oleh pelajar di UiTMCPh pada tempoh tahun 2015 hingga 2017. Pada tahun 2017 telah direkodkan aktiviti sukan yang amat memberangsangkan iaitu peningkatan kepada 49 aktiviti yang melibatkan Unit Sukan BHEP sebagai penganjur dan sebagai peserta. Unit Sukan BHEP memainkan peranan yang amat penting dalam menggilap bakat pelajar dalam arena sukan. Namun begitu, Unit Sukan BHEP juga turut menggalakkan pelajar untuk mengendalikan program mereka sendiri yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam aspek kepimpinan dan kendiri. Penglibatan sukan oleh kampus UiTMCPh juga memberikan impak yang positif daripada penglibatan pelajar seperti memanah, futsal, pencak silat, taekwando, ragbi dan lain-lain di pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA), Karnival Sukan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (KARISMA), Karnival Sukan MASUM, Sukan IPT (SUKIPT) dan lain-lain lagi.
Sukan pencak silat mula mendapat perhatian di UiTMCPh dari tahun ke tahun. Oleh itu, Rajah 7.2e merekodkan bilangan kejohanan pencak silat yang telah disertai sepanjang tahun 2015 hingga 2017 yang merangkumi peringkat Kejohanan Silat Terbuka IPT dan antarabangsa. Melalui empat kejohanan pencak silat, UiTMCPh telah membolot anugerah Johan Keseluruhan, 7 pingat emas, 9 pingat perak dan 10 pingat gangsa seperti yang ditujukkan di dalam Rajah 7.3r. Secara keseluruhan, pungutan pingat ini amatlah membanggakan pada semua peringkat kejohanan.
v) Khidmat Masyarakat
Sumber: HEP UiTMCPh
Rajah 7.2f: Jumlah Bilangan Aktiviti Khidmat Masyarakat di UiTMCPh (2015 – 2017)
Pendekatan “Ilmu untuk masyarakat dan negara” membawa banyak manfaat dalam menyokong UiTMCPh mentransformasikan komuniti dan menyokong keprihatinan kepimpinan tertinggi terhadap aspek pembangunan masyarakat. Antara program yang telah dilaksanakan seperti Ceramah Kerjaya, Seminar Peluang Kerjaya, Program Go Green, Program Bersama Orang Asli
20 15 10
5 0
17
16
13
2015
2016 2017