Page 77 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 77
HASIL PENCAPAIAN
K7 - 8
Prestasi Pencapaian
1% 18.48%
78.26%
Naik Turun Kekal Gagal
dengan hanya 76.53%. Ini membuktikan bahawa program ini amatlah berkesan dalam membantu prestasi pencapaian pelajar dengan memberikan suntikan motivasi yang hebat seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.2h. Tiada pelajar yang direkodkan dengan prestasi pencapaian kekal. UiTMCPh amat mengambil berat akan prestasi pencapaian ini bagi menghasilkan graduan yang holistik selari dengan kehendak kementerian.
Sumber: HEP UiTMCPh
Rajah 7.2h: Prestasi Pencapaian Program KACA di UiTMCPh (2017)
Pelajar-pelajar yang bermasalah amatlah ditikberatkan oleh UKK yang mana mereka amat dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada UKK melalui bimbingan nasihat secara peribadi mahupun untuk motivasi diri. Oleh itu, indeks tahap kepuasan pelajar terhadap UKK adalah seperti yang ditunjukkan pada (Rujuk Rajah 7.4x) dengan julat 4.70 (tahap sangat memuaskan). Ini memberikan impak yang sangat positif kepada hasil keberkesanan operasi yang melibatkan pelajar terhadap staf dan fasiliti UKK UiTMCPh.
Hasil pelaksanaan aktiviti-aktiviti kerohanian oleh UHEI UiTMCPh, terdapat perubahan yang amat positif kepada pelajar sebelum dan selepas program dijalankan. Peningkatan yang memberangsangkan ini adalah diukur dari segi sahsiah rupadiri pelajar, keyakinan diri, kepimpinan seterusnya memantapkan lagi proses pembangunan pelajar dalam menghadapi cabaran kehidupan sebagai pelajar UiTMCPh (Rujuk Rajah 7.1n). Penglibatan pelajar terhadap program anjuran UHEI amatlah positif dan memberangsangkan seperti ditunjukkan di Rajah 7.3q.
Kecemerlangan pelajar UiTMCPh dalam kejohanan sukan juga dapat dilihat daripada keputusan kejohanan yang telah disertai samada di peringkat UiTMCPh, daerah, UiTM, IPT, negeri dan kebangsaan (Rujuk Rajah 7.4p). Hasil keberkesanan aktiviti sukan ini dapat dilihat daripada jumlah pungutan pingat yang membanggakan UiTMCPh di Rajah 7.3r. Pada tahun 2017, seorang pelajar UiTMCPh iaitu Muhamad Farizul Saroji yang mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan di 43rd National Open Softball Championship. Beliau juga mendapat tempat ke 3 semasa mewakili pasukan Softbal UiTM di Liga Softball IPT. Pelajar ini juga telah menyertai sukan softball peringkat antarabangsa dengan mewakili Malaysia bersama Kementerian Pengajian Tinggi di Makassar Open International Men and Women Softball Tournament. Kesinambungan pencapaian terbaik pelajar juga diteruskan di dalam bilik kuliah dengan mendapat CGPA 3.68. Usaha pelajar ini dalam mengimbangi pencapaian dalam dan luar bilik kuliah amatlah diberi pujian dan penghargaan selaras dengan Dasar Apresiasi UiTMCPh.
Salah satu tunggak di dalam pembangunan pelajar UiTMCPh adalah tanggungjawab sosial melalui program khidmat masyarakat yang melibatkan komuniti setempat. Usaha murni ini dilaksanakan bagi menjalinkan hubungan antara UiTMCPh dan masyarakat setempat. Program khidmat masyarakat yang telah berjaya dijalankan adalah seperti “Sama Merasa Sama Terasa” di Perkampungan Orang Asli Lubuk Muman, Sinderut, Kuala Lipis, yang melibatkan 40 pelajar. Selain itu, Lawatan Industri dan Dialog Majikan 2017 bersama TKPM Lanchang, Lanchang Edible Garden dan Rofken Sdn. Bhd. dan program bermanfaat yang lain (Rujuk Rajah 7.1q). Hasil daripada program kemasyarakatan ini adalah dapat memupuk sifat kesukarelawan serta mendokong nilai PAHANG (Rujuk Rajah 1.2) seterusnya melahirkan pelajar yang peka kepada komuniti. Keseluruhannya, kampus UiTMCPh amat memberikan impak yang sangat positif kepada komuniti setempat dan kerajaan negeri Pahang.