Page 76 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 76
Lubuk Muman, Kuala Lipis dan lain-lain program yang memberi impak tinggi kepada pelajar. Pendedahan yang positif para pelajar UiTMCPh kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat memupuk sifat prihatin dan empati, kualiti kepimpinan serta bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti ditunjukkan di Rajah 7.2f. Pada tahun 2017, terdapat peningkatan penganjuran program yang berjaya dilaksanakan iaitu sebanyak 16 program berbanding hanya 13 program pada tahun 2016.
Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat Negeri Pahang pada 14 Oktober 2017, UiTMCPh telah mengambil peluang dengan penganjuran Klinik Memanah yang melibatkan 3 buah sekolah dengan 30 orang pelajar dan guru. Manakala, pada 15 hingga 20 Oktober 2017 pula, telah dilaksanakan Kem Pemantapan Atlet Memanah UiTM SeMalaysia yang melibatkan 25 orang atlet memanah dari seluruh kampus-kampus UiTM. Penganjuran ini adalah amat memberi kesan dan membanggakan kepada UiTMCPh memandangkan salah seorang atlet memanah UiTMCPh merupakan Atlet Memanah Wanita Kebangsaan.
vi) Keberkesanan Operasi Proses
Sumber: Pentadbiran UiTMCPh
Rajah 7.2g: Indeks Kegembiraan UiTMCPh (2017)
Bermula tahun 2017, UiTM telah mengedarkan Borang Soal Selidik bagi maklumbalas mengenai Indeks Kegembiraan UiTM (UiTM Happiness Index - UHI) yang diedarkan di seluruh sistem UiTM pada Ogos 2016 hingga Mei 2017 (Rajah 7.2g). Analisa yang dijalankan adalah berdasarkan kepada PERMAI (Rujuk Jadual 7.2b). Skor keseluruhan UHI untuk UiTMCPh adalah 72% iaitu pada kategori Sederhana Gembira yang mana tidak jauh nilainya dengan nilai sasaran UHI 80%. Justeru itu, Pihak Pengurusan Kampus UiTMCPh telah mengambil langkah proaktif bagi merangka strategi untuk tujuan penambahbaikan yang bersesuaian dengan keperluan warga kampus iaitu Operational Excellance (OE). Antara yang telah dijalankan pada tahun 2017 ialah penjimatan masa bagi sistem tempahan Kem Sri Gading oleh Pusat Pengajian Industri Perkayuan, penjimatan masa dari 90 hari kepada 14 hari bagi permohonan kolej dan sistem penyelenggaraan berkala oleh Infotech bagi komputer yang terdapat di UiTMCPh. Sistem yang dibangunkan melalui OE ini penting bagi mengukur keberkesanan dalam melancarkan keseluruhan operasi di UiTMCPh
UiTMCPh telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang positif dalam menentukan keberkesanan hala tuju proses operasi. Ini adalah penting dalam memastikan pencapaian yang berterusan dalam aspek pembangunan pelajar sentiasa dapat dipantau bagi tujuan penambaikan melalui aktiviti PDCA yang telah dilaksanakan. Berdasarkan kepada pelaksanaan aktiviti KACA 2017 (Rujuk Rajah 7.2a) di Kem Bina Negara Lipis, Pahang, seramai 92 orang telah menghadirinya. Hasil daripada keberkesanan program, seramai 72 orang pelajar dengan 78.26% telah berjaya mendapat GPA lebih daripada 2.30 berbanding pada tahun 2016
HASIL PENCAPAIAN K7 - 7
Jadual 7.2b: Domain PERMAI
100% 50% 0%
75% 67% 76% 78% 64% 65%
Domain
P
Positive Emotion (Emosi Positif)
E
Engagement (Keterlibatan)
R
Relationship (Hubungan)
M
Meaning (Makna)
A
Achievement (Pencapaian)
I
Infrastructure (Infrastruktur)