Page 80 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 80

   HASIL PENCAPAIAN K7 - 11 Nurliyana binti Suhaimi) telah menyertai dan memenangi beberapa geran di peringkat
Kebangsaan. Maklumat pencapaian pelajar tersebut bagi tahun 2017 adalah seperti berikut: Jadual 7.3.a: Pencapaian Keusahawanan Pelajar
Sumber: MASMED UiTMCPh
Sebagai kesinambungan ilmu keusahawanan yang diperolehi dalam P&P, UiTMCPh menyediakan peluang perniagaan selepas tamat perniagaan menerusi Program Tunas Mekar. Pada tahun 2016, lapan orang pelajar UiTMCPh telah berjaya di dalam temuduga yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan menerima elaun berjumlah RM800 untuk membiayai perniagaan yang sedang dijalankan. Pada tahun 2017 pelajar ini telah dibawa oleh Koordinator Tunas Mekar menyertai lawatan keusahawanan dan lawatan borong di Ghuangzhao, China yang melibatkan kawasan bandar perniagaan tekstil, barang-barang perhotelan, barang sukan dan produk ICT & gajet. Program ini bertujuan agar mereka mendapat suntikan berterusan dalam bidang keusahawanan sekaligus membuka minda dengan pelbagai teknik untuk melonjakkan keuntungan agar pelajar ini menjadi usahawan yang berjaya. Beberapa projek yang dijalankan ialah penanaman dan penjualan produk pertanian (jagung, cili fertagasi), bengkel automotif, perundingan kursus dan modul latihan, kafeteria, pembekal produk ayam gunting, kek dan pastri online.
Pelajar UiTMCPH mempamerkan sikap tanggungjawab sosial dan integriti dengan melibatkan diri secara aktif di dalam pelbagai program yang dianjur oleh universiti. Antara program yang disertai pelajar ialah seperti Program Perkampungan bersama Orang Asli Lubuk Muman, Sinderut, program khidmat masyarakat bersama SK Temin dan SK Bangau Komander UiTMCPH juga telah menerima undangan dan jemputan daripada pihak luar sebagai fasilitator di dalam program UCE-SMKJP2, program kepimpinan SMKJP2 dan program kem kecemerlangan SMK Hjh Afzan, Chenor.
UiTMCPh sentiasa prihatin terhadap pelajar yang merupakan klien utama. Rajah 7.3g menunjukkan maklumbalas yang diterima oleh pihak pengurusan. Oleh itu, maklum balas daripada unit-unit yang menguruskan pelajar sentiasa diproses dan diambil tindakan dengan kadar segera untuk mengatasi segala permasalahan yang tidak diingini. Selain daripada mekanisme e-Aduan, maklum balas terhadap program yang melibatkan pelajar juga diberi pertimbangan utama dalam memperbaiki sistem tadbir urus agar dapat difahami dengan jelas.
       Bil.
     Geran Dimenangi
      Jumlah
      Nama Projek/ Anugerah Dimenangi
     1.
 Rural Business Challenge (RBC)
   RM 500,000
  Micro Lisense/Franchise Ice Cream and Ice Blended
     2.
 UiTM Enterpreneurial Award
    RM 1,000
   Best Student/Graduate Enterprise
      3.
   Transformasi Usahawan Belia Luar Bandar
      RM 20,000
    Prototype Outlet-License/Pra Franchise
   Sumber: e-aduan UiTM Cawangan Pahang
Rajah 7.3g: Maklumbalas Pelajar dalam e-Aduan
   










































































   78   79   80   81   82